Wednesday, May 31, 2023

Motivasi Diri

Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila. 

Ayatnya dalam Bahasa Inggeris. 

" It's never too late to start. 
Every new day is an opportunity to change your life.

You don't need to have all the equipment to start.
You just need to go for it.

Stay true to your vision
Be persisten, dedicated and consisten.
Hard work always pays off.

Memang kena ayat ni dengan saya yang mencari motivasi untuk saya naikkam semangat saya.

Dalam bisnes, ada jatuh bangunnya dan saya juga sedang dalam fasa berkenaan. Perlukan masa untuk bangun, perlukan masa untuk mencari kekuatan diri. 

Untuk bangkit bukan senang, tapi sekali kita bangkit, buatlah sebaik mungkin. Jangan risau apa orang sekeliling berkata, sebab pada akhirnya hanya kita yang tahu keperluan yang perlu diutamakan atau tidak.

Bagi mereka perkara yang buatkan kita hilang semangat hanyalah setitik air, tapi bagi kita, ia seperti lava yang terus membunuh semangat kita untuk teruskan langkah.

Sebagai teman, kita kena tahu bila terdesaknya kawan meminta tolong, itu tandanya dia memang sangat perlukannya.

Kawan tidak akan menganiayai kawannya yang rapat. Tapi bila sekali ia meminta tolong, itu tandanya dia memang memerlukannya sebab dia yakin kita akan membantunya. 

Akhirnya, hanya kita yang tahu apa yang perlu kita buat ,kawan mana yang datang pada kita hanya waktu senang dan tak kenal kita pun waktu kita susah. 

Nak baca lagi KATA KATA MOTIVASI?  Saya suka baca dalam buku buku agama, atau video video yang bagi kata kata semangat pada kita. 

Kekadang motivasi tu datang dari mereka yang kita tidak kenal. Bahkan dia pun tak terkenal. Betul kan?

Friday, May 26, 2023

RENEWAL SAHKLEE PALING MUDAH

Kalau anda dah daftar ahli Shaklee, pasti korang nak tahu bagaimana cara untuk renewal setiap tahun id korang kan?

Dalam Shaklee, ada 2 cara :

1 - Belian apa apa produk bernilai RM30, Id korang secara automatik akan direnewkan.  

2 - Bayar hanya RM35 pada tarikh Id tamat tempoh atau sebelumnya untuk aktifkn Id kembali.

Korang rasa mana lebih senang? No1 atau 2 ?


Saya pun setuju dengan Syiqah berkenaan Renewal Shaklee


Sunday, February 26, 2023

BLOG MEGA SHAKLEE 1.0

Subhanallah, masa mula mula Master Norita buka projek BLOG MEGA SHAKLEE 1.0, saya terlepas pandang. Tapi bila tahu ada dibuka kemasukan tambahan untuk peserta baru, saya cepat cepat daftarkan diri. 

Bukan apa, rasanya dah lama blog pengedar Shaklee Kota Tinggi ni terbengkalai. Tak tahulah apa ntah yang disibukkannya. Jadi, bila ada peluang untuk buat sama sama dengan kawan kawan lain, saya pun tak fikir panjang. 

Kita kena join dulu, baru kita tahu kita boleh buat atau tidak. Menulis memang antara benda yang saya suka buat. Tapi itulah, ia juga dah jadi benda yang dah lama saya tak buat. 

Alhamdulillah, bila saya join projek Blog Mega Shaklee ni, saya mula seronok nak menulis balik. 

Baca blog blog kawan yang sama sama join ni pun, buat saya lebih banyak idea untuk penulisan seterusnya. 

Malah rupany saya ni kalau tak join projek atau tugasan tugasan ni, saya pun tak tahu apa kemampuan saya dan lebih rasa "terdesak" nak siapkan tugasan ni. 

Tapi dari rasa "terdesak" itu, bertukar kepada rasa "seronok" untuk teruskan buat tanpa perlu rasa " aku kena buat sebab ia tugasan". Kini, aku perlu buat sebab ia adalah untuk diri aku sendiri.


Terima kasih pada semua admin admin, Master Master Euphoria yang terlibat, berkongsi idea dan pendapat untuk memastikan kami semua peserta pogram ini dapat melaksanakan semua tugasan dengan baik. Alhamdulillah .

Senior Coordinator Siti Noriza | ID: 852453
 Call/SMS/Whatsapp : www.wasap.my/60137374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 
FB: Siti Noriza Binti Saleh 




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, February 25, 2023

KOMUNITI SHAKLEE YANG BEST!

Orang tanya, kenapa saya bertahan dalam Shaklee? Tak nak cuba ke bisnes lain yang lebih mudah dapat duit?
Tak nak bisnes ke benda yang viral dan senang terjual? Tak nak join team lain ke yang marketingnya lebih hebat, lebih selalu masuk iklan tv atau radio?

Bukan tak tergoda, siapa tak tergoda dengan cerita cerita yang menarik minat untuk buat bisnes diaorang kan? Tapi, banyak sebab kenapa saya tak beralih ke bidang lain.

Saya suka dengan Komuniti bisnes Shaklee ni sebab  saling support each other. Saling mendoakan kejayaan. Saling berkongsi ilmu. Saling mengingatkan tentang agama. Sentiasa positif . Kurang bercakap tentang keburukan orang lain.

Percaya tak, sewaktu awal awal saya terjebak dengan bisnes Shaklee ni, barulah saya tau pasal solat dhuha tu dibuat bukan hanya untuk mereka yang berniaga saja. Tapi untuk yang tak bekerja, yang berkerja, pun perlu buat solat sunat Dhuha tersebut. 

Lagi malang pula, saya anggap Dhuha tu buat bila perlu saja. Sedih sungguh lah. Saya tahu tapi saya tak amalkan. Dah berpuluh puluh tahun, baru Allah buka pintu hati saya berkenaan Solat Dhuha ni. Subhanallah. 

Benda yang paling seronok juga, saya belajar yang rezeki kita dapat bukan semata mata wang ringgit saja. Tapi, punyai kesihatan yang baik juga adalah rezeki. Kalau kita tak menjaga tubuh badan kita, seumpama kita tidak menjaga amanah yang Allah berikan pada kita. 

Tubuh kita adalah amanah kita. Kita jaga baik tubuh badan kitaa ,Insya Allah banyak yang Allah akan balas kepada kita. Aaminnnn.

Selain itu, upline saya dalam group Shaklee ni sangat sangat membantu saya. Walaupun upline saya jauh nun di Miri, tapi ia sangat sangat memberi sokongan pada saya, sentiasa ambil berat pada saya dan pastinya beliau tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan saya. 

Seronok juga jumpa dengan sideline sideline yang tidak ada rasa ko dengan kumpulan ko, aku dengan kumpulan aku. 

Mereka semua sentiasa gembira juga kita dan mereka juga tidak lokek berkongsi ilmu dengan kita tau. 

Alhamdulillah, dapat teammate yang baik baik. Syukur. ,

Senior Coordinator Siti Noriza | ID: 852453
 Call/SMS/Whatsapp : www.wasap.my/60137374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, May 20, 2022

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT

Perasan ramai yang makin risau kes HFMD makin meningkat. Jom tambah sedikit info mengenai HFMD. Let's go! 

1. HFMD - Hand Foot Mouth Disease
2. Penyebab - EnteroVIRUS 
3. Simptom - Demam, ulcer di mulut, ruam, lepuh (blister) di tapak tangan dan kaki.

4. Cara tersebar - Sentuhan dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis kanak-kanak yg dijangkiti.
5. Komplikasi - Radang otak dan Jantung.
6. Treatment - Tiada, cuma boleh kurangkan simptom.

7. Langkah pencegahan - Menggunakan strong disinfectant yang boleh membunuh/ membantutkan pertumbuhan virus seperti silver ion.

Semoga kita semua jauh dari bahaya penyakit HFMD. Aminn

Credit to :
Rafsanjani Zainal 
#nutritionistraf

Motivasi Diri

Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila.  Ayatnya da...