Saturday, February 25, 2023

KOMUNITI SHAKLEE YANG BEST!

Orang tanya, kenapa saya bertahan dalam Shaklee? Tak nak cuba ke bisnes lain yang lebih mudah dapat duit?
Tak nak bisnes ke benda yang viral dan senang terjual? Tak nak join team lain ke yang marketingnya lebih hebat, lebih selalu masuk iklan tv atau radio?

Bukan tak tergoda, siapa tak tergoda dengan cerita cerita yang menarik minat untuk buat bisnes diaorang kan? Tapi, banyak sebab kenapa saya tak beralih ke bidang lain.

Saya suka dengan Komuniti bisnes Shaklee ni sebab  saling support each other. Saling mendoakan kejayaan. Saling berkongsi ilmu. Saling mengingatkan tentang agama. Sentiasa positif . Kurang bercakap tentang keburukan orang lain.

Percaya tak, sewaktu awal awal saya terjebak dengan bisnes Shaklee ni, barulah saya tau pasal solat dhuha tu dibuat bukan hanya untuk mereka yang berniaga saja. Tapi untuk yang tak bekerja, yang berkerja, pun perlu buat solat sunat Dhuha tersebut. 

Lagi malang pula, saya anggap Dhuha tu buat bila perlu saja. Sedih sungguh lah. Saya tahu tapi saya tak amalkan. Dah berpuluh puluh tahun, baru Allah buka pintu hati saya berkenaan Solat Dhuha ni. Subhanallah. 

Benda yang paling seronok juga, saya belajar yang rezeki kita dapat bukan semata mata wang ringgit saja. Tapi, punyai kesihatan yang baik juga adalah rezeki. Kalau kita tak menjaga tubuh badan kita, seumpama kita tidak menjaga amanah yang Allah berikan pada kita. 

Tubuh kita adalah amanah kita. Kita jaga baik tubuh badan kitaa ,Insya Allah banyak yang Allah akan balas kepada kita. Aaminnnn.

Selain itu, upline saya dalam group Shaklee ni sangat sangat membantu saya. Walaupun upline saya jauh nun di Miri, tapi ia sangat sangat memberi sokongan pada saya, sentiasa ambil berat pada saya dan pastinya beliau tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan saya. 

Seronok juga jumpa dengan sideline sideline yang tidak ada rasa ko dengan kumpulan ko, aku dengan kumpulan aku. 

Mereka semua sentiasa gembira juga kita dan mereka juga tidak lokek berkongsi ilmu dengan kita tau. 

Alhamdulillah, dapat teammate yang baik baik. Syukur. ,

Senior Coordinator Siti Noriza | ID: 852453
 Call/SMS/Whatsapp : www.wasap.my/60137374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Motivasi Diri

Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila.  Ayatnya da...