Ramai ibu yang ingin melahirkan dan mendapatkan anak yang bijak dan cerdik. Malahan, kebanyakan ibu bapa yang bertanyakan dengan Kak CT bagaimana ingin mendapatkan anak yang dan cerdik sejak dari kandungan lagi.
Untuk mendapatkan anak yang cerdik, masih ada yang boleh kita lakukan semasa mereka masih dalam kandungan. Paling penting, pastikan kita mengambil pemakanan yang seimbang dari sebelum mengandung sehinggalah sebelum waktu melahirkan anak.
Selain itu, kita juga perlu memastikan kita mendapat semua nutrisi yang diperlukan sebelum kehamilan berlaku. Nutrisi tersebut ialah zat asid folik, zat besi, kalsium dan vitamin vitamin lain yang penting bagi menyiapkan badan kita untuk melahirkan anak yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan disebabkan kekurangan sesetengah zat.
Semasa kehamilan berlaku pula, sangat penting untuk kita mengambil sumber makanan yang mengandungi lemak yang baik dan protein. Ini kerana hampir 60% daripada otak bayi dibuat daripada lemak dan yang selebihnya memerlukan protein.
Selain dari itu, DHA dan AA juga merupakan salah satu jenis lemak yang bagus. SUmber makanan yang mengandungi lemak tinggi dengan DHA dan AA pentng untuk perkembangan otak kandungan. Untuk memastikan ibu ibu mendapatkan anak anak yang cerdik, kita mestilah mendapatkan DHA dan AA yang secukupnya.
Dengan memastikan pemakanan yang sihat dan seimbang, ibu ibu dapat melahirkan anak anak yang sihat. Ini disebabkan apa yang ibu ibu makan akan terus menjejaskan kandungan mereka. selain itu, ibu ibu juga digalakkan untuk menyusukan bayi mereka kerana susu ibu merupakan sumber yang paling penting untuk mereka mendapatkan nutrisi yang baik dan seimbang.
Cara hidup dan pemakanan yang sihat menyumbang kepada kecerdikan seseorang kanak kanak. Oleh itu, adalah sangat penting bagi ibu bapa memastikan anak anak mereka mempunyai cara hidup dan pemakanan yang sihat. "You are what you eat".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Motivasi Diri
Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila. Ayatnya da...
-
Hai semua. Lama tak dah kak ct tak update blog ni kan? Dia bila dah dating idea menulis tu, laju je nak menulis. Tapi bila idea tu dating,...
-
Salam Rabu semua. hari ni Kak CT nak share resepi SUP DAGING. resepi ni resepi cmpak campak je..menu lauk yang simple dimple je kalau rasa m...
-
Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila. Ayatnya da...
No comments:
Post a Comment