lama dah blog ni bersawang..hik hik...ha, kali ni nak kak ct nak share resepi nasi lemak simple yang
budak sekolah pun boleh buat. Kenapa kak ct cakap mcm tu??? sbb anak kak ct yg damia tu yang buat nasi lemak ni pagi tadi. Hah!! sebab tu kak ct kasi nama resepi nasi lemak simple ni.
maaflah..kak ct ni memang "fail" bab goreng telur mata kerbau ni.ha ha ha... bak kata suami kak ct, bayar hantaran ribu riban, goreng telur tak pandai??? keh keh keh...dah memang tak pandai, nak buat cmne kan?? hik hik hik..
RESEPI NASI LEMAK SIMPLE
resepi ni sebenarnya biasa kak ct guna..tapi kak ct lebih suka masak ikut naluri kita. berapa biji nak letak bawang putih, berapa inci halia kan? sebab tekak kita ni lain lain..ada yang suka rasa halia lebih, ada yang suka rasa serai lebih. ye tak??
RESEPI A ( NASI ) :-
* beras di basuh dan ditoskan
* santan ikut ukuran beras ( seperti masak nasi biasa )
* 3 biji bawang putih - dihiris nipis atau ditumbuk kasar
* 1 inci halia - dihiris nipis atau ditumbuk kasar
* 2 batang serai - ditumbuk atau dititik
* 2 helai daun pandan - kalau x de, boleh guna perisa pandan dalam 2 3 titik
* secubit garam
CARANYA :-
* Beras yang sudah ditos, di masukkn santan mengikut ukuran masak nasi biasa. Masukkan hirisan bawang putih dan halia, masukkan juga daun pandai, serai, dan garam.. Tanak seperti memasak nasi biasa.
******mia kata, lahs.....senangnye masak nasi lemak..main campak campak je******
RESEPI SAMBAL TUMIS
* lada merah yang sudah diblender
* bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk ( agak agak ikut banyak mana lada yang diblender )
* bawang merah - dihiris nipis
* ikan bilis untuk digoreng
* minyak
CARANYA :-
masukkan minyak ke dalam kuali. masukkan lada yang sudah diblender
* masukkan pula bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan ikan bilis
* tunggu sehingga sambal masak ( guna api kecil dan selalu kacau kacau untuk elakkan hangus ). bila dah mula bertukar warna dan ada letupan kecik kecik berlaku, masukkan bawang merah yang dihiris.
* letakkan garam dan sedikit gula
* rasa dan bila dah sesuai dengan citarasa, masukkn ikan bilis yang digoreng
SEDIA UNTUK DIHIDANG
boleh sediakan kacang goreng, telur, ayam goreng dan sebgainya..
SIMPLE KAN????
No comments:
Post a Comment