Tuesday, March 24, 2015

MAK ABAH MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KE 5

Syukur Alhamdulillah.... akhirnya impian mak abah untuk tunaikan haji tercapai juga. DIjadualkan pada tahun 2016 giliran mak abah ke sana, tapi Allah jemput lebih awal untuk ke sana.

sedih sangat bila kenangkan liku liku dan dugaan untuk tunaikan haji. Dengan perbelanjaan yang cukup cukup makan, dengan kesihatan abah yang tidak mengizinkan, pilu bila mengenangkannya.
melihat gambar gambar mereka di Bumi Barakah Mekah buatkan hati sayu... Entah bila aku akan jejakkan kaki kat sana.

siapa lah yang tidak berminat ke sana. semuanya berimpian untuk ke sana. tapi perancangan Allah lebih baik kan???

Insya Allah, Dec 2016 aku pasti ke sana bersama suami, damia, zafran, mak dan abah untuk menunaikan umrah.

doakan kami ye kawan kawan . Insya Allah...








FULL PAYING PATIENT ( FPP ) DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

Hai semua. Lama tak dah kak ct tak update blog ni kan?  Dia bila dah dating idea menulis tu, laju je nak menulis. Tapi bila idea tu dating,...