Saturday, June 22, 2019

VITAMIN ATAU SUPLEMEN SEMASA MENGANDUNG

Seperti sedia maklum, Nurie merupakan Pengedar Shaklee kan? of cos Nurie ambil suplemen dari produk Shaklee. Bukan tak percayakan vitamin atau suplemen dari klinik, tapi macam dah sebati lak vitamin Shaklee sejak dari tahun 2012 lagi.

Jadi, masa mula buat buku pink iaitu buku untuk cek up mengandung, Nurie dah bagitahu kat nurse yang Nurie nak konsisten suplemen dari Shaklee. Tak kiralah korang ambil suplemen dari produk mana, tapi kalau korang tak nak ambil vitamin dari klinik , bagitahu awal awal pada mereka. Supaya tidak berlaku pembaziran pada vitamin berkenaan.

Nurie tahu, ramai yang ambil vitamin dari klnik, tapi tak makan pun. Lepas tu setiap bulan cek up, setiap tuelah ambil vitamin dari klnik. Habis tu, vitamin tu korang buat apa? buangkan? dari buang, baik bagitahu seara baik pada nurse yang kita dah ambil suplemen dari lain. Jadi, vitamin klinik tu boleh diberikan pada orang lain.

Apakah suplemen yang Nurie ambil sepanjang kehamilan kali ini?


hah, kalau nak tahu lebih lanjut pasal set mengandung ini, jangan lupa untuk klik SET MENGANDUNG  SHAKLEE ni. banyak info pasal setiap produk ini. Tapi Nurie akan terangkan sedikitlah samada suplemen ini sama atau tidak dengan vitamin yang klinik bekalkan.

ESP atau pun protein memang tidak dibekalkan oleh klinik, tapi Nurie ambil protein ni sebab mabuk yang teruk sampai nak makan nasi pun tak lalu. Malahan protein ni bantu Nurie untuk kekal brtenaga sebab masih kena uruskan anak anak sekolah dan keperluan suami.

Omega Guard adalah minyak ikan yang kita sendiri tahu ia sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Kita kena tahu, otak bayi mula berkembang sejak dalam janin lagi. Hah, siapa tak nak anak bijak kan?

B complex ada dibekalkan oleh klinik atau nama lainnya Vitamin B cuma kliniknya tidak lengkap dengan asid folik. Jadi kita akan dapat Vitamin B dan Aci folik. Tetapi B complex Shaklee ni lengkap dah dengan 9 jenis Vitamin B termasuk asid folik. Hah, lebih senangkan? tak yah nak makan banyak banyak Vitamin.

Vitalea pula adalah multivitamin yang mana ia lengkap dengan semua keperluan nutrisi untuk ibu mengandung tetapi ia tidak mencukupi keperluan setiap orang. Tapi Nurie ambil sebab ada iron di dalamnya untuk leakkan hb rendah.

Ostematrix pula adalah kalsium. Kalau kita tahu, bila kita mengandung, baby dalam perut akan serap kalsium kita untuk pastikan pembetukan tulang berjalan dengan baik. Hah , kalau diri sendiri pun tak cukup dengan kalsium, macamana nak share dengan janin pulak kan?

Vitamin C adalah untuk protect diri kita dari kerap jatuh sakit. Biasanya ibu yang mengandung ni antibodi mereka rendah dan senang untuk jatuh sakit. Hah, tak syoklah kan kalau jatuh sakit je. Lagi lagi kalau kena tahan ward.

hah, ni 5 Vitamin utama yang Nurie ambil sejak disahkan hamil lagi. eh, sejak sebelum hamil pun sebab memang amalkan vitamin shaklee ni sejak tahun 2011 lagi.

jadi, kalau korang nak tahu selanjutnya pasal produk shaklee ni, boleh ke blog Nurie iaitu JEJAK VITAMIN  dan perlu ingat, Nurie merupakan pengedar Shaklee Kota Tinggi tau.




Friday, June 21, 2019

MENGANDUNG KALI KE TIGA

Alhamdulillah, syukur sangat Kak Nurie diberi peluang untuk mengandung kali ketiga pada umur 38 tahun. Allah, tak terbayang Allah akan beri peluang ini walaupun memang mengharap. Yelah, setelah hampir 5 tahun berusaha, baru tahun ini Allah makbulkan. Syukur Alhamdulillah.


Mengandung kali ini, atau kak Nurie dah tak ingat masa mengandung sebelum ini, tapi ia benar benar menguji ketahanan mental Kak Nurie. Mabuk teruk, alah pada bau bauan , sehingga nak bangun pun tak larat. bukan setakat morning sickness, malahan evening sickness dan night sickness sekali. ha ha haha, Pakej lengkap!

sampaikan mak Kak Nurie cakap, tuelah. tua tua pun nak mengandung lagi. Lepas tu tak larat. ha ha ha. sampai ati mak tau. Tapi Kak Nurie tau, dia bergurau je sebab bila balik rumah dia, Kak Nurie asyik terbaring je. lepas tu, bila bau akak ipar masak, terus nak muntah.

Syukur, sekarang ni, rasa lebih sihat dan rasa lebobh bertenaga. Masak pun boleh dah sekarang ni. order je. chewah!!

nanti Kak nurie akan kongsi pengalaman kak Nurie sepanjang kehamilan kali ini. Rasa masa kehamilan Damia dan Dayyan, tak pernah lak dikongsikan dalam blog ini.

Insya Allah juga, Kak nurie akan aktifkan balik blog ini untuk berkongsi pengalaman Kak Nurie mengandung di usia tua. eh?


SELAMAT PAGI! SARAPAN PAGI YANG RINGKAS

Hai, Assalamualaikum dan selamat pagi!. dah sarapan?  biasanya Nurie hanya sarapan ringkas je setiap pagi sebab anak anak bersekolah dan ...