Monday, October 14, 2019

FULL PAYING PATIENT ( FPP ) DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU


Hai semua. Lama tak dah kak ct tak update blog ni kan?  Dia bila dah dating idea menulis tu, laju je nak menulis. Tapi bila idea tu dating, macam macam nak ditulisnya. Betul tak?

Ok, kali ni Kak Ct nak berkongsi kepada korang semua mengenai Full Paying Patient ( FPP ) yang mana, skim ini disediakan oleh hospital Kerajaan kepada pesakit yang inginkan rawatan seperti di Hospital Swasta. Cumanya ia lebih murah dari kadar di hospital swasta dan agak “limited”.  Untuk kelahiran kali ke 3 ni, Kak ct memilih untuk bersalin di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru berbanding dengan kelahiran Damia Maisarah dan Dayyan Zafran di KPJ Pakar Puteri.

Kak ct nak berkongsi mengenai FPP jika korang memilih bersalin atau nak menggunakn skim ini sepanjang tempoh kehamilan sehingga bersalin. Syarat utama ialah perlu menjalani temujanji sekurang kurangnya sekali sebelum bersalin. Macam kak ct, sebab baru je tahu mengenai FPP ni, jadi agak lambat untuk ikut skim ini dari awal. Dah masuk minggu ke 37 baru berkesempatan untuk memilih skim ini. Dah namanya jodoh, ngam ngam je ada tarikh khas untuk Kak Ct booking czer dengan doctor pakar ni.

Seperti hospital swasta, kita boleh memilih inginkan doctor wanita atau lelaki untuk membuat pemeriksaan kesihatan sepanjang kehamilan kita.  Malahan, ada nurse tersendiri yang akan uruskan pengambilan darah, pengambilan maklumat diri kita tanpa perlu menunggu lebih lama seperti pemeriksaan kesihatan yang biasa.  Ya, setiap kali pertemuan dengan doctor pakar, ada bayaran yang akan dikenakan. Sama seperti di hospital swasta. Untuk pertemuan pertama kali, ia lebih mahal dari pertemuan yang seterusnya.

ini info yang Kak Ct ambil dari website FPP Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. korang boleh layari website ini untuk maklumat lanjut.









sebenarnya ada lagi department yang memberi skim FPP ni HSI ni, tapi Kak Ct hanya berkongsi dengan korang semua berkaitan pakar Puan saja . Mungkin tak berapa clear flyer yang Kak Ct bagi ni, tapi korang boleh ke website HSI untuk lebih details.




10 comments:

  1. Baru lagi kot kan kak FPP ni? Nmpk menarik.

    ReplyDelete
  2. Hai sis. Saya Due Date pertengahan bulan 12 ni. FPP di HSI ni dapat bilik yang bagaimana ya?
    Serta pilihan doktor wanita tu ada berapa orang?
    1st time nak bersalin di HSI dan guna skim ni, skrg pun dah 33 minggu.
    Sepanjang pregnant ni 2x follow up dgn pakar O&G HSI (sebab sejarah kehamilan sebelum ni baby meninggal kerana masalah congenital jantung), jadi husband rasa elok sikit kalau sy terus je follow up sini. Plus bersalin sebelum ni sy dah merasa wad kelas 2 di HSA yang fasiliti wadnya kurang selesa.

    ReplyDelete
  3. Saya nak tanya ada tak Dr pakar perempuan? Sbb dengar HSI ni pakar O&G semua lelaki

    ReplyDelete
  4. I haven’t any word to appreciate this post.....Really i am impressed from this post....the person who create this post it was a great human..thanks for shared this with us. patient payment plan agreement

    ReplyDelete

Motivasi Diri

Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila.  Ayatnya da...