Saturday, December 12, 2015

WETLAND TANJUNG BELUKAR, SEDILI

kali ini, saya luangkan masa membawa anak anak dan emak bercuti cut. Tak jauh pun, hanya di Tanjung Sedili. hah, jauh  tak jauh. Tapi jauh gak..he he he.

Lokasinya di Wetland Tanjung Belukar, Tanjung Sedili. 













Saturday, September 26, 2015

RESEPI SAMBAL GORENG

Hah.. akak nak share resepi sambal goreng akak yang memang ramai dah tahu. Sebab? Sambal goreng ni memang biasa dah orang buat. Lagi lagi masa hari raya. Tapi resepi akak ni resepi orang yang memilih makanan. Ha ha ha. Sebab apa? Sebab akak tak makan fucuk. Jadinya akak memang tak letak fucuk dalam resepi sambal goreng akak ni.
resepi sambal goreng


Resepi sambal goreng.

Bahan bahannya :-
* kentang dalam 3 biji dihiris kecil- ikut berapa banyak nak di masak
* tempe dalam 3 biji/plastik- dihiris nipis juga
*3 biji tauhu - dihiris nipis juga.

3 3 bahan ni selepas dihiris perlulah digoreng terlebih dahulu. Jangan garing sangat. Nanti jadi terlalu kering.

* 3 biji bawang kecil
* 3 biji bawang putih
* sedikit ikan bilis
## bahan ini pula ditumbuk bersama sehingga lumat.

* kacang panjang dihiris nipis/ kecil.
* suhun di rendam untuk melembutkannya.
* sedikit kicap manis
* sedikit garam dan perisa.

CARA CARANYA-
- tumis bahan yang ditumbuk sehingga keluar bau wangi, masukkan kacang panjang.
- tunggu sehingga kacang agak lembut dan masak.
- boleh letak sedikit air utk jadikan kacang cepat lembut.
- masukkan pula bahan bahan yang sudah digoreng dan gaulkan sebati dengan kacang panjang.
- masukkan pula suhun atau fucuk yang sudah direndam. Tunggu suhun atau fucuk lembut.
- masukkan kicap, garam dan perisa. Gaulkan sehingga sebati.
SIAP!!!!

Hah..senangkan resepi sambal goreng akak.main campak campak je tau...


Makan dengan nasi panas..fuh!!!!!!!

Wednesday, September 9, 2015

RESEPI PAU GEBU

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua. Hai Hai..ada yang merindui akak? ha ha ha. maaflah, line internet ni tak kawan dengan akak agaknya. line slow melow. Tapi takpe. Akak cuba usahakan juga untuk update blog akak yang ni. Hari ni akak nak share 1 resepi pau gebu yang gebulah macam akak ni. resepi ni akak ambil dari blog akak manis http://yatiememories.blogspot.my/.  resepi pau gebu ni memang simple dan bahan bahanya pun mudah untuk dicari. Jadi akak pun cubalah resepi pau gebu yang sememangnya gebu.



pau ni tak sempat nak gebu. sebab akak excitedn nak kukus. patutnya lepas letak inti dalam doh tu, kena rehatkan sekejap kasi dia gebu baru kukus. hik hik hik. nilah penangan orang baru 1stt time buat pau. tu yang tak sabar nak cari resepi pau gebu.


hah, ni dah masukkn inti, kena rehatkan dulu tau kalau nak dapatkan pau yang gebu,. BUkan salah resepi, tapi salah akak yang terburu buru. ha ha ha.. okey, ni resepi pau gebu.

RESEPI PAU GEBU :-

Bahan-Bahan
1 kg tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)

BAHAN DILARUT BERSAMA
1 sudu teh garam
1/2 cwn minyak masak
2 1/4 cwn air
11 gm yis
1 sudu  makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur
**Inti pilihan anda

Cara-caranya :-
- Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan baking powder.
Kacau bhn diatas hingga gula larut.
- Tuangkan sedikit sedikit ke dlm tepung hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.
- Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan dan alaskan dngn plastik/kertas minyak yg di potong kecil. Susun dlm loyang dan jarak2kan sedikit.
- Biar hingga doh naik 1 kali gnda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus saya mula mengukus)
- Kukus 7-10 minit (saya kukus 7 minit shj) balut tudung pengukus
Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau. Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan.

***Pastikan air betul2 mendidih bila hendak mengukus kuih pau. Balut penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis di permukaan kuih. 


hah, inilah dia RESEPI PAU GEBU!!..

selamat mencuba


Wednesday, August 26, 2015

RESEPI ROTI AISKRIM

Bismillahirrohmannirrohim..

hah, akak nak share satu resepi yang simple dan biasanya memang anak anak buat sendiri. Jangan taktahu, aktiviti ini juga merangsang pembentukan motor motor pergerakan jari jari dan otot anak anak anda. Takpelah kalau bersepah sikit kan. ada anak anak memang macam tuelah. lepas bersepah, kita boleh bersihkan semula. Kali ni akak nak share RESEPI ROTI AISKRIM. walaupun ada yang  jual frozen kat luar, tapi akak suka buat sendiri..senang je pun...lepas buat banyak banyak, kita frozenkan sendiri..ha ha ha...

okey jom.. kali ni akak sempat snap step by step membuat RESEPI ROTI AISKRIM ni. apa yang perlu anda ada ialah :-

ROTI PUTIH- apa apa brand.
AISKRIM ( dalam mangkuk) - ikutlah nak perasa apa
TEKAP ( akak guna gelas je...




LANGKAH PERTAMA :-
ambil sekeping roti dan letakkan sedikit aiskrim di tengah tengah roti



LANGKAH KEDUA :-
ambil lagi sekeping roti dan lapiskan di atas aiskrim dan roti yang pertama




LANGKAH KETIGA :-
tekap atau acukan roti dengan bentuk bulat. Damia guna gelas je. senang roti nak terbentuk.



hah.....cmni lah rupa roti aiskrim tu..senangkan??? akak dah kata, budak budak pun boleh buat...lagilah pulak akak budak dan mak budak.ye tak??? jangan buat malu Damialah acik acik semua. Kalau nak frozenkan roti aiskrim ni, susun satu satu ( jangan tindihkan tau), macam gamabr kat atas ni, then masukkan dalam freezer. bila dah betul betul keras, balut dengan plastik dan baru boleh dicampurkan. lepas tu, sentiasa letak dalam freezer. bila nak goreng, baru keluarkan.




LANGKAH KE 4 :-
goreng dengan kiraan 5 saat atau kurang dari tu..kalau tak, roti akan serap minyak dan aiskrim akan cair...tak sedap nanti....siap dah!!!!

lepas tu, lebihan roti tu jangan dibuang,. Boleh simpan buat sarapan esok esok lak. style akak, akak buat roti telur...



letak minyak zaitun sedikit atas kuali. akak gunakan minyak zaitun keluaran Al Haddad ( psst....akak jual produk Al Haddad juga tau...,meh KLIK SINI ), gambar dibawah adalah gambar minyak zaitun yang akak gunakan..minyak zaitun tanpa perahan tapis tau....Real minyak zaitun...pekat kelikatannya tak seperti minyak masak. HARGA??rm39.80 sebotol.




lepas tu, akak letak lebihan roti tu atas minyak zaitun tu. ingat ye. minyak zaitun jangan banyak sangat. nanti roti tu serap minyak lak...minyak zaitun tu untuk elak roti dari melekat dengan dasar kuali dan untuk "masakkan" telur.


jeng jenggg.....pecahkan telur di tengah tengah roti tu. letaklah apa nak letak atas roti tu. selalu akak letak sedikit serbuk lada hitam atau lada putih, sedikit lada cili atau bawang...ikutlah citarasa korang. nak letak cheese ke, sos ke...jadilah sarapan yang sihat!!!....so, jangan buang tau lebihan roti tu...jangan suka membazir...AMALAN SYAITAN!! 



hah, dah lepas sarapan, jangan lupa makan 1 BIJI  VITAMIN C, 1biji B COMPLEX,  dan juga 1 BIJI VITALEA/MULTIVITAMIN. untuk booster energy kita sepanjang hari...

jadilah, inilah RESEPI ROTI AISKRIM dari akak. nanti akak sharekan lagi resepi simple untuk anak anak dan juga kudapan untuk tetamu. tak perlu susah susah, buat yang simple simple supaya tetamu tidak tertunggu tunggu dan kita pun tak mengeluh bila tetamu datang. Tetamu tu harus diraikan tau..


kedai online SHAKLEE saya :
 Puan Siti Noriza Saleh
Shaklee Independent Distributor [ID No : 852453]
013-7374 958
http://damiapitshop.com

Tuesday, August 25, 2015

MENGINAP DI CELYN RESORT, KINABALU

Bismillahirrohmannirrohim..

kali ni akak nak kongsikan pengalaman kedua akak dan keluarga ke Kundasang Sabah. Kali ini kami menginap di Celyn Resort, Kinabalu. Resort ini berada di daerah Ranau yang glamer tu. Agak jauh dari bandar Kota kinabalu, tapi kali ni kami menyewa Avanza dan memilih untuk memandu sendiri. Lagi pun, dengan kami berenam, lebih memudahkan kami untuk berhenti di mana mana.. oh lupa, trip kali ni pada bulan December 2014..lama sungguh..baru terfikir nak publish..ha ha ha...kali ni, akak, suami, anak anak dan bawak sekali kakak ipar dan mak mertua. memula kami memilih untuk menginap di Kinabalu Pine Resort, tapi dah penuh...so google punya google, jumpalah resort ni. takpelah, yang penting berada di Ranau dan sejuk..kih kih kih.

                                        

gambar ehsan mr Google
( akak amik 2 bilik dan bilik jenis ini ialah bilik untuk mak mertua akak dan kakak ipar )

                                        
 gambar ehsan Mr Google
( yang ini lak, bilik yang akak amik untuk akak,suami dan anak anak..) biasalah, anak anak dah besar, memasing tdur lasak, so kena amik katil yang beso sikit.


                                         
pemandangan dari bilik akak dan MIL (mak mertua ). bestkna??? tengok view yang tenang, damai dan sayup pandangan mata. tak rugi menginap di Celyn Resort, Kinabalu.



nama bangunan yang pemandangannya mengadap puncak Gunung Kinabalu ialah KINABALU WING. jadi, kalau ada berhajat untuk stay di Celyn Resort,Kinabalu ni jangan lupa pilih KINABALU WING.


En Suami menanti puncak Gunung Kinabalu menunjukkan dirinya...he he he


Friday, August 21, 2015

ZARA OUTLET BUTIK TERUNGGUL DI MASAI, PASIR GUDANG

hah, kali ni akak nak review butik yang bukan sebarang butik..nama je butik..tapi macam macam ada. Akak selalu pergi butik ni..owner dia memang baik hati dan peramah. butik ni terletak di :_



hah, ni alamat Butik..nama butik ni ZARA OUTLET!! tu ada no telefon owner butik ni. nanti akak kenalkan owner butik ni kat korang ye. 

seperti yang dipaparkan di poster ni, ye betul, ZARA OUTLET menjual pelbagai barangan yang menarik, berkualiti dan memang DABOM!! menjadi buruan korang semua... ada baju kanak kanak, tupperware, dress, cardigan, key chain ada juga makanan tau!!!.


BUNGA BUNGA DI KUNDASANG SABAH

Bismillahirrohmannirrohim..

PART 1

bunga dan wanita sukar dipisahkan..walaupun ada wanita yang tak suka bunga (rugi tau!!), walaupun sekadar bunga plastik, ianya sangat cantik..melambang wanita itu sendiri. cantik, menawan dan tertawan..

kali kedua ahkak ke Kundasang , Sabah, baru dapat ambil gambar pemandangan di sekeliling. Kali ini, Alhamdulillah, cuaca sangat cantik dan beri kelebihan untuk ahkak sekeluarga berjalan berjalan menikmati alam sekitar.

Subhanallah, memang cantik alam ciptaan Allah. kali ini juga, syukurrrr ahkak dapat melihat puncak Gunung Kinabalu. tidak seperti kali pertama ahkak datang ke sini, cuaca bermuram durja..hujan dan berkabus. Oh..Gunung kinabalu memang nak akak datang lagi sekali melawat dia..he he he...

nak share sikit sikit pengalaman akak di bumi Sabah..

bunga di Chalet, Kundasang

BUnga di Dairy Farm

 

Thursday, August 13, 2015

ADIK KU QEYRA

adik pompuan saya yang last ni, dia macam tak tahu nak buat apa...
ikut je orang soh...iikut je apa adik badik atau mak abah soh...soh masuk kolej amik jurusan ntah apa apa pun dia amik...dulu masa nak masuk asrama pun dia ngikut walaupun mak abah kena tengok dia setiap hujung minggu...
baru baru ni, dia decide nak benti kolej sbb nak temankan mak selepas arwah abah meninggal.... keje ngn mak sekarang teruskan perniagaan warung yang arwah abah usahakan. petang keje jaga kedai kat kampung lak----ni pun dia ikut je apa akak dia soh buat...

kak uda doakan yang terbaik dan semoga Allah balas segala pengorbanan ko dik..walaupn ko dah jatuh chenta dengan kapal kapal kat port tu...
opssss...jangan masuk meminang dia...dia masuk ngempeng dengan mak saya lagi...dia Siti Nur Shakirah Saleh

BIARLAH ORANG KATA APA PUN

bila berlaku kehilangan dalam keluarga aku, aku mula perasan, kenangan bersama orang orang tersayang lebih lebih ahli keluarga dan suami tak banyak aku potretkan dalam bentuk gambar.

kali ni, biarlah orang cakap aku giler bergambar, asalkan aku ada kenangan yang boleh aku belek belek jika berlaku sesuatu lagi. begitu juga kalau Allah tarik balik pinjaman nyawanya pada aku, orang orang yang aku tinggalkan, akan ada kenangan untuk mengingati aku.

Wednesday, August 12, 2015

ABAH, DAMAILAH DI SANA

24 Julai 2015...hari raya ke 8 pada tahun 2015....
Ia adalah hari di mana hati ku di bawah pergi oleh arwah Abah...perginya abah menemui PenciptaNya pada pg jumaat yang damai...Alhamdulillah...urusan pemergiannya sangat mudah dan teratur...wajahnya tenang setenang cuaca pagi Jumaat tu...
Hari dan perasaan yang tidak akan aku lupakan...Abah, aku amat merinduimu....betapa selama ini aku jarang bergambar dengan mu...bila hatiku rindu, baru ku mencari dan menggali semua album dalam handphone dan komputer mencari gambar mu..Abahhhhh.....hanya ini kenangan kita...


Friday, May 29, 2015

Anak anak niaga



Anak anak syurga


Resepi nasi ambeng


RESEPI NASI LEMAK SIMPLE

hai, hai....


lama dah blog ni bersawang..hik hik...ha, kali ni nak kak ct nak share resepi nasi lemak simple yang
budak sekolah pun boleh buat. Kenapa kak ct cakap mcm tu??? sbb anak kak ct yg damia tu yang buat nasi lemak ni pagi tadi. Hah!! sebab tu kak ct kasi nama resepi nasi lemak simple ni.




maaflah..kak ct ni memang "fail" bab goreng telur mata kerbau ni.ha ha ha... bak kata suami kak ct, bayar hantaran ribu riban, goreng telur tak pandai??? keh keh keh...dah memang tak pandai, nak buat cmne kan?? hik hik hik..


RESEPI NASI LEMAK SIMPLE

resepi ni sebenarnya biasa kak ct guna..tapi kak ct lebih suka masak ikut naluri kita. berapa biji nak letak bawang putih, berapa inci halia kan? sebab tekak kita ni lain lain..ada yang suka rasa halia lebih, ada yang suka rasa serai lebih. ye tak??

RESEPI A ( NASI ) :-

* beras di basuh dan ditoskan
* santan ikut ukuran beras ( seperti masak nasi biasa )
* 3 biji bawang putih - dihiris nipis atau ditumbuk kasar
* 1 inci halia - dihiris nipis atau ditumbuk kasar
* 2 batang serai - ditumbuk atau dititik
* 2 helai daun pandan - kalau x de, boleh guna perisa pandan dalam 2 3 titik
* secubit garam

CARANYA :-
* Beras yang sudah ditos, di masukkn santan mengikut ukuran masak nasi biasa. Masukkan hirisan bawang putih dan halia, masukkan juga daun pandai, serai, dan garam.. Tanak seperti memasak nasi biasa.


******mia kata, lahs.....senangnye masak nasi lemak..main campak campak je******

RESEPI SAMBAL TUMIS
* lada merah yang sudah diblender
* bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk ( agak agak ikut banyak mana lada yang diblender )
* bawang merah - dihiris nipis
* ikan bilis untuk digoreng
* minyak

CARANYA :-
masukkan minyak ke dalam kuali. masukkan lada yang sudah diblender
* masukkan pula bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan ikan bilis
* tunggu sehingga sambal masak ( guna api kecil dan selalu kacau kacau untuk elakkan hangus ). bila dah mula bertukar warna dan ada letupan kecik kecik berlaku, masukkan bawang merah yang dihiris.
* letakkan garam dan sedikit gula
* rasa dan bila dah sesuai dengan citarasa, masukkn ikan bilis yang digoreng


SEDIA UNTUK DIHIDANG


boleh sediakan kacang goreng, telur, ayam goreng dan sebgainya..


SIMPLE KAN????

Friday, April 3, 2015

DAMIA ANAK YANG BAIK

Bismillah...

damia ni kekadang buat ku rasa touching sesangat...

Selalu buat aku rasa tersentuh dengan perbuatan dia..

Masa ni aku tak boleh solat, selalu dia solat dengan aku...menjadi kebiasaan kami solat maghrib dan isyak bersama...

Kali ni, bila dengar azan maghrib, dia dah siap amik sembahyang...bila dia tengok aku tak ssmbahyang, dia sembahyang sendiri...nak negur gak...mia, kain mana? 

Jawapan dia " bolehlah mama tak kai kain...hari tu mama sembahyang kat masjid pun kai baju biasa je ngan seluar"..

Jawapan bernas sungguh!!!

Dia cepat belajar...belajar dari sekeliling dan belajar dari tv....


Semoga damia menjadi anak yang solehah, ditetapkan iman dan islam dalam hatinya.


Amiinnnn...