Wednesday, August 26, 2015

RESEPI ROTI AISKRIM

Bismillahirrohmannirrohim..

hah, akak nak share satu resepi yang simple dan biasanya memang anak anak buat sendiri. Jangan taktahu, aktiviti ini juga merangsang pembentukan motor motor pergerakan jari jari dan otot anak anak anda. Takpelah kalau bersepah sikit kan. ada anak anak memang macam tuelah. lepas bersepah, kita boleh bersihkan semula. Kali ni akak nak share RESEPI ROTI AISKRIM. walaupun ada yang  jual frozen kat luar, tapi akak suka buat sendiri..senang je pun...lepas buat banyak banyak, kita frozenkan sendiri..ha ha ha...

okey jom.. kali ni akak sempat snap step by step membuat RESEPI ROTI AISKRIM ni. apa yang perlu anda ada ialah :-

ROTI PUTIH- apa apa brand.
AISKRIM ( dalam mangkuk) - ikutlah nak perasa apa
TEKAP ( akak guna gelas je...




LANGKAH PERTAMA :-
ambil sekeping roti dan letakkan sedikit aiskrim di tengah tengah roti



LANGKAH KEDUA :-
ambil lagi sekeping roti dan lapiskan di atas aiskrim dan roti yang pertama




LANGKAH KETIGA :-
tekap atau acukan roti dengan bentuk bulat. Damia guna gelas je. senang roti nak terbentuk.



hah.....cmni lah rupa roti aiskrim tu..senangkan??? akak dah kata, budak budak pun boleh buat...lagilah pulak akak budak dan mak budak.ye tak??? jangan buat malu Damialah acik acik semua. Kalau nak frozenkan roti aiskrim ni, susun satu satu ( jangan tindihkan tau), macam gamabr kat atas ni, then masukkan dalam freezer. bila dah betul betul keras, balut dengan plastik dan baru boleh dicampurkan. lepas tu, sentiasa letak dalam freezer. bila nak goreng, baru keluarkan.




LANGKAH KE 4 :-
goreng dengan kiraan 5 saat atau kurang dari tu..kalau tak, roti akan serap minyak dan aiskrim akan cair...tak sedap nanti....siap dah!!!!

lepas tu, lebihan roti tu jangan dibuang,. Boleh simpan buat sarapan esok esok lak. style akak, akak buat roti telur...



letak minyak zaitun sedikit atas kuali. akak gunakan minyak zaitun keluaran Al Haddad ( psst....akak jual produk Al Haddad juga tau...,meh KLIK SINI ), gambar dibawah adalah gambar minyak zaitun yang akak gunakan..minyak zaitun tanpa perahan tapis tau....Real minyak zaitun...pekat kelikatannya tak seperti minyak masak. HARGA??rm39.80 sebotol.




lepas tu, akak letak lebihan roti tu atas minyak zaitun tu. ingat ye. minyak zaitun jangan banyak sangat. nanti roti tu serap minyak lak...minyak zaitun tu untuk elak roti dari melekat dengan dasar kuali dan untuk "masakkan" telur.


jeng jenggg.....pecahkan telur di tengah tengah roti tu. letaklah apa nak letak atas roti tu. selalu akak letak sedikit serbuk lada hitam atau lada putih, sedikit lada cili atau bawang...ikutlah citarasa korang. nak letak cheese ke, sos ke...jadilah sarapan yang sihat!!!....so, jangan buang tau lebihan roti tu...jangan suka membazir...AMALAN SYAITAN!! 



hah, dah lepas sarapan, jangan lupa makan 1 BIJI  VITAMIN C, 1biji B COMPLEX,  dan juga 1 BIJI VITALEA/MULTIVITAMIN. untuk booster energy kita sepanjang hari...

jadilah, inilah RESEPI ROTI AISKRIM dari akak. nanti akak sharekan lagi resepi simple untuk anak anak dan juga kudapan untuk tetamu. tak perlu susah susah, buat yang simple simple supaya tetamu tidak tertunggu tunggu dan kita pun tak mengeluh bila tetamu datang. Tetamu tu harus diraikan tau..


kedai online SHAKLEE saya :
 Puan Siti Noriza Saleh
Shaklee Independent Distributor [ID No : 852453]
013-7374 958
http://damiapitshop.com

No comments:

Post a Comment

Motivasi Diri

Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila.  Ayatnya da...