Tuesday, August 25, 2015

MENGINAP DI CELYN RESORT, KINABALU

Bismillahirrohmannirrohim..

kali ni akak nak kongsikan pengalaman kedua akak dan keluarga ke Kundasang Sabah. Kali ini kami menginap di Celyn Resort, Kinabalu. Resort ini berada di daerah Ranau yang glamer tu. Agak jauh dari bandar Kota kinabalu, tapi kali ni kami menyewa Avanza dan memilih untuk memandu sendiri. Lagi pun, dengan kami berenam, lebih memudahkan kami untuk berhenti di mana mana.. oh lupa, trip kali ni pada bulan December 2014..lama sungguh..baru terfikir nak publish..ha ha ha...kali ni, akak, suami, anak anak dan bawak sekali kakak ipar dan mak mertua. memula kami memilih untuk menginap di Kinabalu Pine Resort, tapi dah penuh...so google punya google, jumpalah resort ni. takpelah, yang penting berada di Ranau dan sejuk..kih kih kih.

                                        

gambar ehsan mr Google
( akak amik 2 bilik dan bilik jenis ini ialah bilik untuk mak mertua akak dan kakak ipar )

                                        
 gambar ehsan Mr Google
( yang ini lak, bilik yang akak amik untuk akak,suami dan anak anak..) biasalah, anak anak dah besar, memasing tdur lasak, so kena amik katil yang beso sikit.


                                         
pemandangan dari bilik akak dan MIL (mak mertua ). bestkna??? tengok view yang tenang, damai dan sayup pandangan mata. tak rugi menginap di Celyn Resort, Kinabalu.



nama bangunan yang pemandangannya mengadap puncak Gunung Kinabalu ialah KINABALU WING. jadi, kalau ada berhajat untuk stay di Celyn Resort,Kinabalu ni jangan lupa pilih KINABALU WING.


En Suami menanti puncak Gunung Kinabalu menunjukkan dirinya...he he he







akhirnya...syukur Alhamdulillah....nampak juga puncak Gunung Kinabalu walaupun tak berapa jelas.




masa nak nunggu kabus ni hilang, punyalah risau tak sempat nak tengok Gunung Kinabalu.sebabnya hari ni nak check out. dah hari ketiga ni.






ni masat 1st day sampai..memamg tak nampak lansung ada banjaran gunung di hujung sana.






so, untuk nikmati pemandangan puncak Gunung Kinabalu, jangan lupa untuk menginap di Celyn Resort, Kinabalu.


pstttt...yang bestnyer semuanya ditanggung free oleh Shaklee...sebab??? tak guna duit gaji suami pun..akak kan tak kerja...tapi memegang title WAHM- work at home mother...so, akak anggarkan dalam RM7000 untuk segala perbelanjaan sepanjang berada di Sabah ni, termasuk tiket kapal terbang  pergi balik untuk 6 orang, penginapan 3 hari 2 malam di Celyn Resort, Kinabalu, 1 malam di Kota Kinabalu, sewa kenderaan, tiket untuk masuk ke tempat yang dilawati, ole ole untuk adik beradik dan kawan kawan dan sebagainya...wah...wahhhhh..... semuanya hasil dari bonus Shaklee.. Terima kasih Allah pertemukan akak dengan Shaklee. betul...tak jumpa dengan Shaklee, pasti impian akak nak berhenti kerja atau jalan jalan keluar dari semenanjung, pasti sukar....I LOVE SHAKLEE!!

No comments:

Post a Comment