Wednesday, September 9, 2015

RESEPI PAU GEBU

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua. Hai Hai..ada yang merindui akak? ha ha ha. maaflah, line internet ni tak kawan dengan akak agaknya. line slow melow. Tapi takpe. Akak cuba usahakan juga untuk update blog akak yang ni. Hari ni akak nak share 1 resepi pau gebu yang gebulah macam akak ni. resepi ni akak ambil dari blog akak manis http://yatiememories.blogspot.my/.  resepi pau gebu ni memang simple dan bahan bahanya pun mudah untuk dicari. Jadi akak pun cubalah resepi pau gebu yang sememangnya gebu.



pau ni tak sempat nak gebu. sebab akak excitedn nak kukus. patutnya lepas letak inti dalam doh tu, kena rehatkan sekejap kasi dia gebu baru kukus. hik hik hik. nilah penangan orang baru 1stt time buat pau. tu yang tak sabar nak cari resepi pau gebu.


hah, ni dah masukkn inti, kena rehatkan dulu tau kalau nak dapatkan pau yang gebu,. BUkan salah resepi, tapi salah akak yang terburu buru. ha ha ha.. okey, ni resepi pau gebu.

RESEPI PAU GEBU :-

Bahan-Bahan
1 kg tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)

BAHAN DILARUT BERSAMA
1 sudu teh garam
1/2 cwn minyak masak
2 1/4 cwn air
11 gm yis
1 sudu  makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur
**Inti pilihan anda

Cara-caranya :-
- Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan baking powder.
Kacau bhn diatas hingga gula larut.
- Tuangkan sedikit sedikit ke dlm tepung hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.
- Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan dan alaskan dngn plastik/kertas minyak yg di potong kecil. Susun dlm loyang dan jarak2kan sedikit.
- Biar hingga doh naik 1 kali gnda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus saya mula mengukus)
- Kukus 7-10 minit (saya kukus 7 minit shj) balut tudung pengukus
Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau. Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan.

***Pastikan air betul2 mendidih bila hendak mengukus kuih pau. Balut penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis di permukaan kuih. 


hah, inilah dia RESEPI PAU GEBU!!..

selamat mencuba


6 comments:

  1. saya suka pau! senang tak nak buat ni? macam ni kene beli periuk kukus dulu hehe

    ReplyDelete
  2. Macam sedap jer..macam nk makan jer...hehe

    ReplyDelete
  3. Macam sedap jer..macam nk makan jer...hehe

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete