Saturday, September 26, 2015

RESEPI SAMBAL GORENG

Hah.. akak nak share resepi sambal goreng akak yang memang ramai dah tahu. Sebab? Sambal goreng ni memang biasa dah orang buat. Lagi lagi masa hari raya. Tapi resepi akak ni resepi orang yang memilih makanan. Ha ha ha. Sebab apa? Sebab akak tak makan fucuk. Jadinya akak memang tak letak fucuk dalam resepi sambal goreng akak ni.
resepi sambal goreng


Resepi sambal goreng.

Bahan bahannya :-
* kentang dalam 3 biji dihiris kecil- ikut berapa banyak nak di masak
* tempe dalam 3 biji/plastik- dihiris nipis juga
*3 biji tauhu - dihiris nipis juga.

3 3 bahan ni selepas dihiris perlulah digoreng terlebih dahulu. Jangan garing sangat. Nanti jadi terlalu kering.

* 3 biji bawang kecil
* 3 biji bawang putih
* sedikit ikan bilis
## bahan ini pula ditumbuk bersama sehingga lumat.

* kacang panjang dihiris nipis/ kecil.
* suhun di rendam untuk melembutkannya.
* sedikit kicap manis
* sedikit garam dan perisa.

CARA CARANYA-
- tumis bahan yang ditumbuk sehingga keluar bau wangi, masukkan kacang panjang.
- tunggu sehingga kacang agak lembut dan masak.
- boleh letak sedikit air utk jadikan kacang cepat lembut.
- masukkan pula bahan bahan yang sudah digoreng dan gaulkan sebati dengan kacang panjang.
- masukkan pula suhun atau fucuk yang sudah direndam. Tunggu suhun atau fucuk lembut.
- masukkan kicap, garam dan perisa. Gaulkan sehingga sebati.
SIAP!!!!

Hah..senangkan resepi sambal goreng akak.main campak campak je tau...


Makan dengan nasi panas..fuh!!!!!!!

No comments:

Post a Comment