Stayvacation!! Pernah dengar tak perkataan tu? Macam bercuti juga. Tapi bercuti dekat dekat dengan rumah kita. Bak kata orang, alah. Buat apalah bermalam kat situ. Boleh je balik rumah sendiri. Bukan jauh pun.hah tu lah maksudnya. Stayvacation. He he he.
kak ct memang suka stayvacation ni. Tapi ada tempat tempat tertentu yang kak ct suka pergi dengan anak anak. Selalunya tepi pantai. Buat kak ct rasa tenang dan memudahkan kak ct mencari ilham ilham baru dalam perniagaan. Ewahh!!!?
Kali ni kak ct memilih Belukar Durian, Tanjung Sedili, Johor. Lebih kurang 45 minit dari rumah kak ct. Actually ni kali kedua kami berstayvacation di sini. Kali pertama bersama adik dan emak. Kali ini kak ct pergi bersama sama keluarga kak ct saja.
kehijauan dan ketenangan air sungai ini buat kak ct tertarik untuk datang lagi dan lagi. Ini tak hijau sangat tau sebab air baru mula pasang. Bila dah complete situasi air pasang tu, lagi hijau..Masya Allah..sangat cantik kejadian Allah tu. Sunyi, kicauan unggas buat kak ct rasa tenang dan rasa lebih dekat dengan Allah.
suami kak ct macam biasalah. Memancing memang jadi aktiviti utama kalau datang sini.
Wednesday, October 26, 2016
Wednesday, March 23, 2016
CAMERON HIGHLANDS : KEBUN BUNGA
lambat sangat akak ni nak cerita pasal jalan jalan akak tahun lepas. ha ha ha..jangan marah!!! tahun lepas tau!!.. bulan november 2015. sinambungan dari entry sebelum ni, siangnya tu, akak sekeluarga bergerak balik ke Johor. singgahlah beli sayur bagai dan buah buahan. Perhentian seterusnya ialah Kebun Bunga. Cantik cantiklah bunga kat sana. Alhamdulillah. Akak sekeluarga bertuah sebab bunga bunga semua sedang mekar elok je.
anak bujang ni okey je kalau diminta bergambar. kejap je dah 6 tahun budak ni.
hah, si akak ni senyumm terpaksa sebab penat kot. pagi pagi dah kena gerak.. melayankan mama dia..keh keh keh.
emak ye..ini bukan kakak akak. nampak muda kan? sedih bila mak cakap " masa ada abah, xde pun nak jalan jalan". hu hu hu hu
hah tengok. tu ayat tu menyentap hati dan perasaan tau.. KASIH SAYANG IBU YANG MULIA.
Ya Allahh...macam nak petikkkk je....kembang elok.
pink pulakkkkkk
ni labu eh?? boleh makan tak??
yang ni mood dah elok sikit..kih kih kih
lelaki kesayangan hamba....
uiksss...ahkak nampakkkk gemmmmmm...
kan..bila mood dah baik, sohlah posing kat mana pun...elok je senyum...
awat adik tersipu maluu....
alamak.. nampak sikit jari adik amikkn gambar...ha ha ha
apa suami ku buat ittewwww???
mama posinggggg.....geram je tengok buat tomato tu..
hah..ni sebab Che Ta suka bawak kameraman sebab boleh gambar sefamily..ha ha ha...ini mak akak yang amikkn gambar..kalau tak, memang takdelah nak gambar 1 keluarga
penat dah jalan ....kasi rehat kejap.,
macam kat disneyland....kononnnnnnn...
habis kisah jalan jalan part 2!!
Thursday, February 4, 2016
HILANG MOOD
dulu akak rajin nak tulis blog ini..ada je idea nak tulis. sikit sikit nak tulis. sikit nak cerita kat sini. tapi lama lama, tak tahu nak tulis apa..he he he..
Monday, January 25, 2016
THROWBACK CUTI CUTI MALAYSIA - CAMERON HIGHLAND
Bulan Nomber 2015 yang lepas, Akak diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk bercuti cuti ke utara Malaysia. Sebab utama bukanlah nak berjalan semata mata, tapi menghantar adik bongsu akak ke Politeknik di Kedah. Alang alang dah sampai ke sana, kita pun ambiklah peluang berjalan kan?
cuma tak banyak tempat yang akak boleh singgah sebab cuaca yang tidak mengizinkan. Pagi cerah, kang petang hujan lebat pulak. Nanti akak cerita yang pasal di Pulau Pinang dan Kedah. Akak nak cerita dulu cuti cuti tak dirancang ke Cameron Highland. he he he..
Sampai di Cameron Highland atau lebih spesifik di Brincang lepas maghrib. Terus cari hotel sebab dah penat dari Kedah tak berhenti rehat. Alamak, akak lupa pulak nama hotel yang akak sekeluarga inap tu. Tapi dekat dengan pasar malam. Disebabkan kelaparan yang amattttt, maka inilah hasilnya..
tak sabar nak makan strawberry segar, terus beli dulu kat pasar malam. coklat jangan lupa.he he he.
udang goreng tepung. rm3 kot satu bekas ni.
ni budak dua orang yang tak sabor sabor nak makan strawberry coklat..layannnn.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Motivasi Diri
Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila. Ayatnya da...
-
Hai semua. Lama tak dah kak ct tak update blog ni kan? Dia bila dah dating idea menulis tu, laju je nak menulis. Tapi bila idea tu dating,...
-
Salam Rabu semua. hari ni Kak CT nak share resepi SUP DAGING. resepi ni resepi cmpak campak je..menu lauk yang simple dimple je kalau rasa m...
-
Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila. Ayatnya da...