Tuesday, June 12, 2012

NUTRISI UNTUK MINDA ANAK ANDA


Otak kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi agar dapat berfungsi secara optimum.  Pada peringkat awal usia, otak kanak-kanak berkembang dengan begitu pesat.  Hasilnya pada usia lima tahun, perkembangan otak mereka sudah mencapai 90% dan kadar tersebut sangat berkait rapat dengan pemakanannya.

Untuk perkembangan otak, ada beberapa nutrisi penting yang diperlukan.  Antaranya DHA (asid dokosaheksaenoik), zat besi, zink dan asid folik.

DHA ;-
~ DHA merupakan sejenis asid lemak OMEGA-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat.  Kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah ( EFSA ) mendapati kanak-kanak berusia enam bulan sehingga 2 tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.
~DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransimitter acetlycholice dan membantu sel-sel berhubung.  Memberi anak diet harian yang kaya dengan DHA akan menjadikannya lebih fokus dan dapat memberi penuh tumpuan ketika bermain dan belajar. Antara makanan yang mengandungi DHA ialah ikan, telur dan ayam...

ZAT BESI ;-
~ Zat besi sangat penting untuk memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah dan mencegah anemia.  Ketahuilah bahawa otak kanak-kanak sensitif terhadap paras zat besi yang rendah.  Kekurangan zat besi yang berlaku di kalangan kanak-kanak boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka.  Pada masa yang sama, kekurangan tersebut turut memnyebabkan mereka hilang tumpuan. Wujud simptom Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), pucat dan lesu.  Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak.  Sumber makanan yang kaya zat besi ialah seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis , tauhu dan tempe

ZINK:-
~ Zink penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif.  Kekurangan zink akan menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terbantut, penurunan fungsi imuniti dan kurang selera makan.  Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink.  Kekacang, germa gandum, bijiran penuh, makanan laut dan daging mempunyai kandungan zink yang tinggi.

ASID FOLIK;-
~ Asid Folik yang juga dikenali sebagai folate merupakan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan sempurna bagi sesorang kanak-kanak. Asid ini penting bagi pembinaan DNA dalam setiap sel. DNA berperanan sebagai penyimpan maklumat bagi sel tersebut.  Kanak-kanak yang kekuangan asid folik akan leith , lesu, kurang tumpuan, cepat marah dan pelupa.. Sayur-sayuran hijau adalah sumber asid folik yang terbaik.

saya syorkan anak-anak anda, amalkan pemakanan utnuk perkembangan dan kecerdasan otak anak-anak anda. :0








* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)

No comments:

Post a Comment