Monday, November 13, 2017

RESEPI AYAM GORENG BUTTERMILK

Boring lak asyik menu sama..  Eh,  bukan kak nurie tak bersyukur tau.maksudnya kalau tanya anak anak ayam nak masak apa,  mesti diaorang soh goreng je ayam tu.  Last last makan dengan kicap.. Huh!

jadi hari ni, kita masak lain sikit. Ayam goreng Buttermilk. ni kak nurie kasi resepi ringkas kak nurie gunakan apa yang ada di dapur.he he he



Bahan bahan :-
* dada ayam dihiris kecik kecik - ikut lah nak banyak mana.
* garam secukup rasa
* 1 biji telur - ambil putihnya saja
* sedikit serbuk lada - kak nurie tak guna sebab masa goreng ayam nanti kak nurie gunakan tepung crispy bestari--podassss

kesemua bahan ni dicampur bersama dan perap dalam 5- 10 minit. nanti goreng lah . letak tepung gandum sikit atau macam kak nurie, kak nurie gunakan tepung  goreng segera.

bahan kuah buttermilk :-
* setengah cawan susu cair atau ikut banyak mana ayam yang kita nak goreng tu
* sedikit daun kari
* sedikit lada cili dalam 4 5 batang. kalau suka pedas, boleh tambahlah
* sebatang lada besar- warna merah lebih cun!!
* sedikit garam dan gula

panaskan kesemua bahan bahan ni sehingga kuah pekat. lepas tu , curah je atas ayam yang dah digoreng tu..siap!!!

makan time panas panas lagi sodapppp...

No comments:

Post a Comment