Wednesday, November 12, 2014

MEALSHAKE - khas untuk anak - anak anda !!!! anda pasti tersenyum gembira

Bagi ibu-ibu yang risaukan anak mereka kurang makan, selalu selsema, selalu batuk-batuk, tak salah anda mencuba produk ini....produk ini memang sesuai untuk anak-anak anda..


saya nak share satu Testimoni seorang ibu - Ida Khairani selepas mencuba Mealshake untuk anaknya. Terima kasih Ida, izinkan saya share testimoni awak!

Seronok kan? Selain untuk tambah selera makan, ianya juga untuk anak-anak yang menghadapi masalah sembelit, sering demam/flu. Apa Mealshake sebenarnya?



  • Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
  • Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
  • Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
  • Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
  • Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
  • Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.




Saper yang sesuai mengambil MEAL SHAKE  SHAKLEE?
  • Anak-anak yang kurang berselera untuk makan
  • Anak-anak yang tidak suka makan vitamin dalam bentuk pil
  • Anak- anak yang cerewet dengan makanan
  • Yang mempunyai masalah sembelit
  • Yang mempunyai masalah asma ( utk kanak-kanak, mestilah berusia setahun ke atas )
  • Yang mempunyai masalah kesihatan ( demam panas, selsema, batuk-batuk )


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)

RESEPI SUP DAGING

Salam Rabu semua. hari ni Kak CT nak share resepi SUP DAGING. resepi ni resepi cmpak campak je..menu lauk yang simple dimple je kalau rasa masa tu takde mood nak masak atau cuaca sejuk, hujan lebat lak tu..Mesti kita nak panaskan badan kan? so, resepi ni tak banyak bahan sangat. Bahan pun mudah untuk kita dapatkan.




Gambar ni gambar lama. Gambar masa 3 hari lepas Raya Haji hari tu. Daging korbanlah ni. tapi yang bestnyer sup ini, bila di panaskan banyak kali, lagi sedap. Dagingnya pula lagi lembut. Lagi sedap kalau dicicah dengan roti dan air kopi..Wallahhhh.. Nikmat dunia orang kata. he he he.


RESEPI SUP DAGING

Bahan-bahannya :-

* Daging 1 kilo ( ikut sukatan koranglah )
* kentang 2 @ 3 biji di belah 4 ( kentang ni kalau dah hancur, buat kuah sup tu jadi pekat, ala ala stew orang putih)
* 1 @ 2 biji lobak - di potong bulat bulat atau macam bentuk anak mancis
* sedikit daun sup dan daun bawang
* 1 biji bawang besar di potong dadu 
** 3 ulas bawang putih
** 4 biji bawang kecil
** 1 sudu kecil lada sulah
bahan bertanda ** ditumbuk bersama sehingga lumat
* rempah tumis 4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
* 1 @ 2 sup bunjut
* kiub ayam/ kiub daging
* air secukupnya
* sedikit garam secukup rasa


CARA-CARANYA :-

* tumis rempah ratus sehingga terbit bau wangi. Jangan sampai hangus tau. Agak agak keluar bau wangi tu, masukkn pula bahan yang ditumbuk bersama tu. Masa ni, terbit satu aura yanggggg..uhhhhhh..sedap bau lada sulah tu. 
* agak agak dah serasi bersama dengan rempah ratus, masukkn daging tadi. gaul gaul dulu, tunggu sekejap, baru masukkan air. air ikut sukatan kita nak banyak mana untuk kuah sup itu.
* selalunya, bila dah mendidih, atau air sudah panas, Kak CT masukan kentang dan lobak yang sudah di potong potong. Boleh juga masukkan batang saderi atau apa jua sayur yang korang suka. Kak Ct tak banyka masukkn sayur sebab anak anak tak berapa gemor kan sayur ni.
* bila dah dah masukkan sayur sayur, masukkn sup bunjut dan kiub ayam atau daging tu. Kalau sup kita sedikit, letak 1 kiub pun cukup. 
* selepas itu, masukkan garam mengikut rasa yang kit mahukan. Kurangkan garam dalam makanan ye Sebab kita dah guna kiub. Bila sup sejuk, rasa masin dari garam dan kiub lagi kuat dari masa kita rasa semasa panas.
* tunggu sehingga daging empuk, kentang dan lobak empuk, baru masukkn daun sup dan daun bawang. Boleh juga hias dengan bawang goreng . SIAP!!!

senang kan? simple je Kak CT masak. iyerlah. simple simple pun sedap!!!!..

 lepas makan sup tu, jangan lupa ambil OMEGA GUARD dan ALFALFA. biar kolesterol dan minyak minyak dari daging tu tak melekat kat salur darah kita. Kang kena darah tinggi lak.. 

okey. next time, Kak CT share lagi resepi yang mudah untuk kita semua. Senangkan? lagi lagi yang bekerja. Sambil masak sup, sambil basuh pinggan ke, basuh kain ke, uruskan anak anak ke. Jadi ibu ni macam tuelah, kena jadi sotong. multi purpose orang cakap. Semua kena buat serentak.
 kalau tak nak kerja, meh join Kaka CT buat biz SHAKLEE ni. masyukkkkk....eeh eh eh..melalut lak..

bye bye....

**** Kak CT ni pengedar shaklee terbaik di Kota Tinggi, Johor tau,. Boleh contact Kak Ct di 013-7374958 atau email : sitinorizasaleh@gmail.com

Tuesday, November 11, 2014

10 CARA ELAK TEKANAN DALAM RUMAH TANGGA

Dalam perkahwinan, selalu orang bercakap " sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri". Akan tetapi, kita perlu lakukan sesuatu supaya perkahwinan kita tidaklah hanya sampai di tengah jalan ye tak? Kak Ct pun suka baca baca artikel macam ni. Iyerlah, kita kalau boleh biarlah perkahwinan ini seumur hidup sekali. Kali ni, Kak Ct nak share dari majalh Pa & Ma bulan Disember 2014. eh? awal beno majalah ni keluar kat pasaran,..keh keh keh.


10 CARA ELAK TEKANAN DALAM RUMAH TANGGA

1) kita ni bila dah berkahwin, apa apa hal perlu letakkan pasangan di tempat yang pertama. Kak Ct salute kat mereka mereka yang minta pandangan suami jika nak beli barang walaupun tudung sehelai. Kak Ct nak ubah tabiat Kak CT yang selalu je beli tanpa bertanya dengan suami Kak Ct dulu.he hehe. Kita perlu dapatkan pandangan pasangan jika kita perlu membuat sebarang keputusan

2) melakukan aktiviti bersama sama yang menyeronokkan seperti menonton wayang, berkelah dan melancong bersama akan memberikan peluang untuk kita mendengar dan lebih rapat bersama pasangan kita.

3) wujudkan masa untuk bersemuka dengan pasangan di dalam jadula harian walau sibuk mana pun kita. Hal ini dipengaruhi oleh keutamaan kita dalam mengatur jadual dan perancangan. Jadikan sehari dalam sebulan sebagai masa kita dan pasangan menghabiskan masa bersama sama. Kak CT hari hari dengan suami sebab kami bekerja bersama sama..Alhamdulillah

4) jangan ambil pusing hal hal yang remeh temeh. Jika berlaku kesilapan yang kecil, maka maafkanlah pasangan

5) lakukan aktiviti yang berbentuk pasukan bersama sama. Misalnya memasuki pertandingan memasak bersama sama atau membuat aktiviti sukarela di rumah anak yatim. Dalam keadaan ini anda akan berasa saling memerlukan antara satu sama lain

6) komunikasi secara jelas dan penuh hormat. Silap faham yang kecil tanpa penerangan selalunya akan membuahkan pertengkaran dan tekanan. letakkan pasangan kita di dalam lingkungan kasihsayang kita dan berkomunikasilah dengan penuh perasaan kasih, saling hormat menghormati dan sopan

7) jangan menipu pasangan kita. beritahu perkara yang sebenarnya kepada suami atau isteri kita.  individu yang sering merahsiakan sesuatu dari pasangannya sering kali stress dalam hubungan.

8) selalulah berpegang tangan, memeluk dan memaksimumkan hubungan fizikal, sentuhan secara fizikal terbukti sebagai penawar stres. Ayuh suami!!! jangan malu donggg nak tunjukkan kasih sayang anda kepada isteri anda..keh keh keh..

9) fokus kepada kebaikan pasangan dan dengan sendirinya akan lupa kekurangannya. Saling memahami kekuatan masing masing dan cubalah melengkapi antara keduanya. Sampaikan kritikan dengan cara yang berhemah untuk mengelakkan ketegangan dan stress pada pasangan.

10) hiduplah dengan kemampuan kita! kebanyakan stress dalam perkahwinan disebabkan masalah kewangan. Ingat peraturan no 4. Jangan berbelanja di luar kemampuan untuk mengelakkan pasangan menjeruk perasaan.



Monday, November 10, 2014

KEISTIMEWAAN SHAKLEE BERBANDING SYARIKAT MAKANAN TAMBAHAN MLM LAIN

Keistimewaan Shaklee


Falsafah Produk Shaklee
Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.


SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 250 juta pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.
Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California


kredit to : http://www.shaklee.com.my

Sunday, November 9, 2014

TESTIMONI CARATOMAX - PENGLIHATAN BERTAMBAH BAIK


Jika anda mengalami masalah penglihatan (rabun), cubalah Shaklee CarotoMax ini. Dengan pengambilan yang konsisten, insyaAllah dapat menambah baik penglihatan anda semula. Jom kita baca apa kata Che Lin tentang penglihatannya selepas dua minggu mencuba Carotomax Shaklee... 
Thanks Che Lin untuk testimoni ni...

________________________________________________________________

Saya seorang yang rabun jauh dengan power spek beratus-ratus la jugak. pendek kata kalau tak bercermin mata tuh, memang sume nampak blur. kalau ada orang berada berdekatan sekitar 3,4 meter tuh, kompem tak nampak bijik mata dia. nampak bulat hitam je sekitar mata cam mata panda tuh. hehe~

Pertengahan february yang lalu, saja la saya mencuba carotomax sementelah mengikut review, ianya baik untuk kesihatan mata. apa yang saya baca dari buku dan internet, vitamin ni tak boleh menyembuhkan rabun tapi apa salahnya saya ambil supplement kan? kalau tak bertambah baik pon, at least maintain dengan power sekarang. memanglah teknologi perubatan skang ni dah canggih manggih, boleh buat operation mata lasik bagai tapi saya penakut bab-bab operation nih. masuk ER masa form 4 dulu kena jahit kat kening kes dicium bola hoki pon, dah seram sejuk sampai tukang jahit ingat saya dah pengsan even tak dibius. padahal terkaku sebab ketakutan nampak benang biru yang dia dok tarik-tarik kat kening bawah cahaya lampu! haha~
 

alhamdulillah selepas dua minggu consume carotomax ni, penglihatan agak baik daripada biasa. kalau sebelum ni, saya langsung tak nampak bunga pada langsir dalam bilik kalau berbaring atas katil. warna bunga dan tanah lebih kurang sama.yang membezakannya cuma bunga tu bunga timbul. tapi selepas ber-carotomax, saya boleh nampak bunga tersebut. siap pi bangun pegi kat langsir sebab tak caya. hehe~ memang sangat teruja lah nak ngabihkan botol yang pertama sebabnya selain daripada jarak penglihatan tanpa cermin mata bertambah baik, jeragat di muka pon semakin berkurangan. \(^-^)/
 

Masa balek ke kampung last week, 


"mak rasa mata makin elok la. sebelum ni, kalau tengok lampu nampak pecah-pecah je. lepas makan vitamin A ni (carotomax), takde pecah-pecah dah."
 

alhamdulillah. seronok dengar my mum dah jatuh chenta ngan carotomax. siap nak belikan untuk dua orang adik saya yang speckie itu :)

--------------------------------------------------------------------------

Kenapa kita memerlukan Vitamin A @ Carotomax ini? 

Carotomax  (vitamin A)  ini secara umumnya boleh membantu:-

  • kesihatan retina mata → mengurangkan rabun
  • kesihatan tulang
  • kesihatan tisu kulit
  • pembentukan sel darah putih dan sel darah merah
  • pembentukan membran mukus
  • mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat

    Dengan kehadiran vitamin A, dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain daripada itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang penyakit yang tidak diiingini.

    AWAS!!!
    1. Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.(Namun Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk pre-kursor, yang mana akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja).
    2. Tidak boleh diambil oleh ibu mengandungPengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.

    Vitamin A boleh didapati daripada sumber makanan semulajadi seperti telur, lobak merah, sayuran berdaun hijau dan lain-lain. Namun sekiranya anda tidak dapat memenuhi keperluan vitamin A melalui sumber semulajadi, pengambilan supplement amatlah digalakkan.


    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



     Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)

    Motivasi Diri

    Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila.  Ayatnya da...