Wednesday, November 12, 2014

RESEPI SUP DAGING

Salam Rabu semua. hari ni Kak CT nak share resepi SUP DAGING. resepi ni resepi cmpak campak je..menu lauk yang simple dimple je kalau rasa masa tu takde mood nak masak atau cuaca sejuk, hujan lebat lak tu..Mesti kita nak panaskan badan kan? so, resepi ni tak banyak bahan sangat. Bahan pun mudah untuk kita dapatkan.




Gambar ni gambar lama. Gambar masa 3 hari lepas Raya Haji hari tu. Daging korbanlah ni. tapi yang bestnyer sup ini, bila di panaskan banyak kali, lagi sedap. Dagingnya pula lagi lembut. Lagi sedap kalau dicicah dengan roti dan air kopi..Wallahhhh.. Nikmat dunia orang kata. he he he.


RESEPI SUP DAGING

Bahan-bahannya :-

* Daging 1 kilo ( ikut sukatan koranglah )
* kentang 2 @ 3 biji di belah 4 ( kentang ni kalau dah hancur, buat kuah sup tu jadi pekat, ala ala stew orang putih)
* 1 @ 2 biji lobak - di potong bulat bulat atau macam bentuk anak mancis
* sedikit daun sup dan daun bawang
* 1 biji bawang besar di potong dadu 
** 3 ulas bawang putih
** 4 biji bawang kecil
** 1 sudu kecil lada sulah
bahan bertanda ** ditumbuk bersama sehingga lumat
* rempah tumis 4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
* 1 @ 2 sup bunjut
* kiub ayam/ kiub daging
* air secukupnya
* sedikit garam secukup rasa


CARA-CARANYA :-

* tumis rempah ratus sehingga terbit bau wangi. Jangan sampai hangus tau. Agak agak keluar bau wangi tu, masukkn pula bahan yang ditumbuk bersama tu. Masa ni, terbit satu aura yanggggg..uhhhhhh..sedap bau lada sulah tu. 
* agak agak dah serasi bersama dengan rempah ratus, masukkn daging tadi. gaul gaul dulu, tunggu sekejap, baru masukkan air. air ikut sukatan kita nak banyak mana untuk kuah sup itu.
* selalunya, bila dah mendidih, atau air sudah panas, Kak CT masukan kentang dan lobak yang sudah di potong potong. Boleh juga masukkan batang saderi atau apa jua sayur yang korang suka. Kak Ct tak banyka masukkn sayur sebab anak anak tak berapa gemor kan sayur ni.
* bila dah dah masukkan sayur sayur, masukkn sup bunjut dan kiub ayam atau daging tu. Kalau sup kita sedikit, letak 1 kiub pun cukup. 
* selepas itu, masukkan garam mengikut rasa yang kit mahukan. Kurangkan garam dalam makanan ye Sebab kita dah guna kiub. Bila sup sejuk, rasa masin dari garam dan kiub lagi kuat dari masa kita rasa semasa panas.
* tunggu sehingga daging empuk, kentang dan lobak empuk, baru masukkn daun sup dan daun bawang. Boleh juga hias dengan bawang goreng . SIAP!!!

senang kan? simple je Kak CT masak. iyerlah. simple simple pun sedap!!!!..

 lepas makan sup tu, jangan lupa ambil OMEGA GUARD dan ALFALFA. biar kolesterol dan minyak minyak dari daging tu tak melekat kat salur darah kita. Kang kena darah tinggi lak.. 

okey. next time, Kak CT share lagi resepi yang mudah untuk kita semua. Senangkan? lagi lagi yang bekerja. Sambil masak sup, sambil basuh pinggan ke, basuh kain ke, uruskan anak anak ke. Jadi ibu ni macam tuelah, kena jadi sotong. multi purpose orang cakap. Semua kena buat serentak.
 kalau tak nak kerja, meh join Kaka CT buat biz SHAKLEE ni. masyukkkkk....eeh eh eh..melalut lak..

bye bye....

**** Kak CT ni pengedar shaklee terbaik di Kota Tinggi, Johor tau,. Boleh contact Kak Ct di 013-7374958 atau email : sitinorizasaleh@gmail.com

5 comments:

Motivasi Diri

Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila.  Ayatnya da...