Tuesday, November 11, 2014

10 CARA ELAK TEKANAN DALAM RUMAH TANGGA

Dalam perkahwinan, selalu orang bercakap " sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri". Akan tetapi, kita perlu lakukan sesuatu supaya perkahwinan kita tidaklah hanya sampai di tengah jalan ye tak? Kak Ct pun suka baca baca artikel macam ni. Iyerlah, kita kalau boleh biarlah perkahwinan ini seumur hidup sekali. Kali ni, Kak Ct nak share dari majalh Pa & Ma bulan Disember 2014. eh? awal beno majalah ni keluar kat pasaran,..keh keh keh.


10 CARA ELAK TEKANAN DALAM RUMAH TANGGA

1) kita ni bila dah berkahwin, apa apa hal perlu letakkan pasangan di tempat yang pertama. Kak Ct salute kat mereka mereka yang minta pandangan suami jika nak beli barang walaupun tudung sehelai. Kak Ct nak ubah tabiat Kak CT yang selalu je beli tanpa bertanya dengan suami Kak Ct dulu.he hehe. Kita perlu dapatkan pandangan pasangan jika kita perlu membuat sebarang keputusan

2) melakukan aktiviti bersama sama yang menyeronokkan seperti menonton wayang, berkelah dan melancong bersama akan memberikan peluang untuk kita mendengar dan lebih rapat bersama pasangan kita.

3) wujudkan masa untuk bersemuka dengan pasangan di dalam jadula harian walau sibuk mana pun kita. Hal ini dipengaruhi oleh keutamaan kita dalam mengatur jadual dan perancangan. Jadikan sehari dalam sebulan sebagai masa kita dan pasangan menghabiskan masa bersama sama. Kak CT hari hari dengan suami sebab kami bekerja bersama sama..Alhamdulillah

4) jangan ambil pusing hal hal yang remeh temeh. Jika berlaku kesilapan yang kecil, maka maafkanlah pasangan

5) lakukan aktiviti yang berbentuk pasukan bersama sama. Misalnya memasuki pertandingan memasak bersama sama atau membuat aktiviti sukarela di rumah anak yatim. Dalam keadaan ini anda akan berasa saling memerlukan antara satu sama lain

6) komunikasi secara jelas dan penuh hormat. Silap faham yang kecil tanpa penerangan selalunya akan membuahkan pertengkaran dan tekanan. letakkan pasangan kita di dalam lingkungan kasihsayang kita dan berkomunikasilah dengan penuh perasaan kasih, saling hormat menghormati dan sopan

7) jangan menipu pasangan kita. beritahu perkara yang sebenarnya kepada suami atau isteri kita.  individu yang sering merahsiakan sesuatu dari pasangannya sering kali stress dalam hubungan.

8) selalulah berpegang tangan, memeluk dan memaksimumkan hubungan fizikal, sentuhan secara fizikal terbukti sebagai penawar stres. Ayuh suami!!! jangan malu donggg nak tunjukkan kasih sayang anda kepada isteri anda..keh keh keh..

9) fokus kepada kebaikan pasangan dan dengan sendirinya akan lupa kekurangannya. Saling memahami kekuatan masing masing dan cubalah melengkapi antara keduanya. Sampaikan kritikan dengan cara yang berhemah untuk mengelakkan ketegangan dan stress pada pasangan.

10) hiduplah dengan kemampuan kita! kebanyakan stress dalam perkahwinan disebabkan masalah kewangan. Ingat peraturan no 4. Jangan berbelanja di luar kemampuan untuk mengelakkan pasangan menjeruk perasaan.



No comments:

Post a Comment