Wednesday, May 31, 2023

Motivasi Diri

Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila. 

Ayatnya dalam Bahasa Inggeris. 

" It's never too late to start. 
Every new day is an opportunity to change your life.

You don't need to have all the equipment to start.
You just need to go for it.

Stay true to your vision
Be persisten, dedicated and consisten.
Hard work always pays off.

Memang kena ayat ni dengan saya yang mencari motivasi untuk saya naikkam semangat saya.

Dalam bisnes, ada jatuh bangunnya dan saya juga sedang dalam fasa berkenaan. Perlukan masa untuk bangun, perlukan masa untuk mencari kekuatan diri. 

Untuk bangkit bukan senang, tapi sekali kita bangkit, buatlah sebaik mungkin. Jangan risau apa orang sekeliling berkata, sebab pada akhirnya hanya kita yang tahu keperluan yang perlu diutamakan atau tidak.

Bagi mereka perkara yang buatkan kita hilang semangat hanyalah setitik air, tapi bagi kita, ia seperti lava yang terus membunuh semangat kita untuk teruskan langkah.

Sebagai teman, kita kena tahu bila terdesaknya kawan meminta tolong, itu tandanya dia memang sangat perlukannya.

Kawan tidak akan menganiayai kawannya yang rapat. Tapi bila sekali ia meminta tolong, itu tandanya dia memang memerlukannya sebab dia yakin kita akan membantunya. 

Akhirnya, hanya kita yang tahu apa yang perlu kita buat ,kawan mana yang datang pada kita hanya waktu senang dan tak kenal kita pun waktu kita susah. 

Nak baca lagi KATA KATA MOTIVASI?  Saya suka baca dalam buku buku agama, atau video video yang bagi kata kata semangat pada kita. 

Kekadang motivasi tu datang dari mereka yang kita tidak kenal. Bahkan dia pun tak terkenal. Betul kan?

Friday, May 26, 2023

RENEWAL SAHKLEE PALING MUDAH

Kalau anda dah daftar ahli Shaklee, pasti korang nak tahu bagaimana cara untuk renewal setiap tahun id korang kan?

Dalam Shaklee, ada 2 cara :

1 - Belian apa apa produk bernilai RM30, Id korang secara automatik akan direnewkan.  

2 - Bayar hanya RM35 pada tarikh Id tamat tempoh atau sebelumnya untuk aktifkn Id kembali.

Korang rasa mana lebih senang? No1 atau 2 ?


Saya pun setuju dengan Syiqah berkenaan Renewal Shaklee


Sunday, February 26, 2023

BLOG MEGA SHAKLEE 1.0

Subhanallah, masa mula mula Master Norita buka projek BLOG MEGA SHAKLEE 1.0, saya terlepas pandang. Tapi bila tahu ada dibuka kemasukan tambahan untuk peserta baru, saya cepat cepat daftarkan diri. 

Bukan apa, rasanya dah lama blog pengedar Shaklee Kota Tinggi ni terbengkalai. Tak tahulah apa ntah yang disibukkannya. Jadi, bila ada peluang untuk buat sama sama dengan kawan kawan lain, saya pun tak fikir panjang. 

Kita kena join dulu, baru kita tahu kita boleh buat atau tidak. Menulis memang antara benda yang saya suka buat. Tapi itulah, ia juga dah jadi benda yang dah lama saya tak buat. 

Alhamdulillah, bila saya join projek Blog Mega Shaklee ni, saya mula seronok nak menulis balik. 

Baca blog blog kawan yang sama sama join ni pun, buat saya lebih banyak idea untuk penulisan seterusnya. 

Malah rupany saya ni kalau tak join projek atau tugasan tugasan ni, saya pun tak tahu apa kemampuan saya dan lebih rasa "terdesak" nak siapkan tugasan ni. 

Tapi dari rasa "terdesak" itu, bertukar kepada rasa "seronok" untuk teruskan buat tanpa perlu rasa " aku kena buat sebab ia tugasan". Kini, aku perlu buat sebab ia adalah untuk diri aku sendiri.


Terima kasih pada semua admin admin, Master Master Euphoria yang terlibat, berkongsi idea dan pendapat untuk memastikan kami semua peserta pogram ini dapat melaksanakan semua tugasan dengan baik. Alhamdulillah .

Senior Coordinator Siti Noriza | ID: 852453
 Call/SMS/Whatsapp : www.wasap.my/60137374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 
FB: Siti Noriza Binti Saleh 




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, February 25, 2023

KOMUNITI SHAKLEE YANG BEST!

Orang tanya, kenapa saya bertahan dalam Shaklee? Tak nak cuba ke bisnes lain yang lebih mudah dapat duit?
Tak nak bisnes ke benda yang viral dan senang terjual? Tak nak join team lain ke yang marketingnya lebih hebat, lebih selalu masuk iklan tv atau radio?

Bukan tak tergoda, siapa tak tergoda dengan cerita cerita yang menarik minat untuk buat bisnes diaorang kan? Tapi, banyak sebab kenapa saya tak beralih ke bidang lain.

Saya suka dengan Komuniti bisnes Shaklee ni sebab  saling support each other. Saling mendoakan kejayaan. Saling berkongsi ilmu. Saling mengingatkan tentang agama. Sentiasa positif . Kurang bercakap tentang keburukan orang lain.

Percaya tak, sewaktu awal awal saya terjebak dengan bisnes Shaklee ni, barulah saya tau pasal solat dhuha tu dibuat bukan hanya untuk mereka yang berniaga saja. Tapi untuk yang tak bekerja, yang berkerja, pun perlu buat solat sunat Dhuha tersebut. 

Lagi malang pula, saya anggap Dhuha tu buat bila perlu saja. Sedih sungguh lah. Saya tahu tapi saya tak amalkan. Dah berpuluh puluh tahun, baru Allah buka pintu hati saya berkenaan Solat Dhuha ni. Subhanallah. 

Benda yang paling seronok juga, saya belajar yang rezeki kita dapat bukan semata mata wang ringgit saja. Tapi, punyai kesihatan yang baik juga adalah rezeki. Kalau kita tak menjaga tubuh badan kita, seumpama kita tidak menjaga amanah yang Allah berikan pada kita. 

Tubuh kita adalah amanah kita. Kita jaga baik tubuh badan kitaa ,Insya Allah banyak yang Allah akan balas kepada kita. Aaminnnn.

Selain itu, upline saya dalam group Shaklee ni sangat sangat membantu saya. Walaupun upline saya jauh nun di Miri, tapi ia sangat sangat memberi sokongan pada saya, sentiasa ambil berat pada saya dan pastinya beliau tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan saya. 

Seronok juga jumpa dengan sideline sideline yang tidak ada rasa ko dengan kumpulan ko, aku dengan kumpulan aku. 

Mereka semua sentiasa gembira juga kita dan mereka juga tidak lokek berkongsi ilmu dengan kita tau. 

Alhamdulillah, dapat teammate yang baik baik. Syukur. ,

Senior Coordinator Siti Noriza | ID: 852453
 Call/SMS/Whatsapp : www.wasap.my/60137374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, May 20, 2022

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT

Perasan ramai yang makin risau kes HFMD makin meningkat. Jom tambah sedikit info mengenai HFMD. Let's go! 

1. HFMD - Hand Foot Mouth Disease
2. Penyebab - EnteroVIRUS 
3. Simptom - Demam, ulcer di mulut, ruam, lepuh (blister) di tapak tangan dan kaki.

4. Cara tersebar - Sentuhan dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis kanak-kanak yg dijangkiti.
5. Komplikasi - Radang otak dan Jantung.
6. Treatment - Tiada, cuma boleh kurangkan simptom.

7. Langkah pencegahan - Menggunakan strong disinfectant yang boleh membunuh/ membantutkan pertumbuhan virus seperti silver ion.

Semoga kita semua jauh dari bahaya penyakit HFMD. Aminn

Credit to :
Rafsanjani Zainal 
#nutritionistraf

Monday, March 1, 2021

PROMOSI ENERGIZINH SOY PROTEIN

Hai.. Bulan Mac muncul kembali. Dan kalau anda yang rindukan bulan Ramadhan, ia semakin hampir dah.

Oleh itu, shaklee buat promosi dengan pembelian 4 Canister ESP ni, kita dapat free shaker! Yeah!!

Ramai tahu ESP ni boleh jadi mengganti sarapan. Malahan bila waktu puasa atau ganti puasa, ramai yang membeli ESP ni untuk bersahur.

Yelah. Time ganti puasa ni, kita sorang sorang je yang sahur. So, paling ringkas adalah dengan ambil ESP ni. Tak renyah nak masak bagai kan.

Kalau nak dapatkan 4 Canister ESP dan free shaker ni, boleh dapatkan dari saya dengan dm, pm, whatsapp saya atau, boleh klik link ini terus untuk pembelian dalam sistem.

Pembelian boleh dibuat melalui kad kredit, kad debit atau pindahan wang.

https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P529?sid=852453

Jangan lupa membeli awal. Kang out of stok lak shaker cantik tu.

📲 www.wasap.my/60137374958/esp

Saya merupakan pengedar Shaklee Kota Tinggi dan sekitarnya.



Monday, October 14, 2019

FULL PAYING PATIENT ( FPP ) DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU


Hai semua. Lama tak dah kak ct tak update blog ni kan?  Dia bila dah dating idea menulis tu, laju je nak menulis. Tapi bila idea tu dating, macam macam nak ditulisnya. Betul tak?

Ok, kali ni Kak Ct nak berkongsi kepada korang semua mengenai Full Paying Patient ( FPP ) yang mana, skim ini disediakan oleh hospital Kerajaan kepada pesakit yang inginkan rawatan seperti di Hospital Swasta. Cumanya ia lebih murah dari kadar di hospital swasta dan agak “limited”.  Untuk kelahiran kali ke 3 ni, Kak ct memilih untuk bersalin di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru berbanding dengan kelahiran Damia Maisarah dan Dayyan Zafran di KPJ Pakar Puteri.

Kak ct nak berkongsi mengenai FPP jika korang memilih bersalin atau nak menggunakn skim ini sepanjang tempoh kehamilan sehingga bersalin. Syarat utama ialah perlu menjalani temujanji sekurang kurangnya sekali sebelum bersalin. Macam kak ct, sebab baru je tahu mengenai FPP ni, jadi agak lambat untuk ikut skim ini dari awal. Dah masuk minggu ke 37 baru berkesempatan untuk memilih skim ini. Dah namanya jodoh, ngam ngam je ada tarikh khas untuk Kak Ct booking czer dengan doctor pakar ni.

Seperti hospital swasta, kita boleh memilih inginkan doctor wanita atau lelaki untuk membuat pemeriksaan kesihatan sepanjang kehamilan kita.  Malahan, ada nurse tersendiri yang akan uruskan pengambilan darah, pengambilan maklumat diri kita tanpa perlu menunggu lebih lama seperti pemeriksaan kesihatan yang biasa.  Ya, setiap kali pertemuan dengan doctor pakar, ada bayaran yang akan dikenakan. Sama seperti di hospital swasta. Untuk pertemuan pertama kali, ia lebih mahal dari pertemuan yang seterusnya.

ini info yang Kak Ct ambil dari website FPP Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. korang boleh layari website ini untuk maklumat lanjut.









sebenarnya ada lagi department yang memberi skim FPP ni HSI ni, tapi Kak Ct hanya berkongsi dengan korang semua berkaitan pakar Puan saja . Mungkin tak berapa clear flyer yang Kak Ct bagi ni, tapi korang boleh ke website HSI untuk lebih details.




Thursday, July 4, 2019

SELAMAT PAGI! SARAPAN PAGI YANG RINGKAS


Hai, Assalamualaikum dan selamat pagi!. dah sarapan?  biasanya Nurie hanya sarapan ringkas je setiap pagi sebab anak anak bersekolah dan suami bekerja. Jadi nak masak pagi pagi tu macam, hemmmmmm lah kan. he he he. kalau kena hantar anak pergi sekolah, barulah singgah kedai kedai tepi jalan untuk beli sarapan. Kalau tak, kita makan jelah apa yang ado kat rumah ni.




Kak Nurie nak berkongsi pada semua satu sarapan ringkas yang biasa diambil. Kekadang kalau time lapo tu datang, memang ambil je sebab ia bagus untuk mengurangkan rasa lapar. Faham fahamlah kan bila mengandung ni kan. Asyik nak makan je. dulu masa mengandung anak pertama dan kedua, Kak Nurie masih bekerja. Jadi bila lapar tu datang, laju je kaki melangkah ke kantin. haha ha. Tu yang berat badan mencanak canak naik kot. keh keh keh.

Ok. apa yang Kak Nurie ambil ni ialah minuman berprotein dari Shaklee.  Tapi, pagi ni Kak Nurie campurkan susu segar ( lagi elok kalau ambil susu segar fresh milk ). Tapi sebab Kak Nurie tak jumpa susu segar , kita ambil full cream milk jelah.

Campurkan dengan 3 sudu ESP ( boleh klik link ini untuk tahu lebih lanjut pasal ESP ) dan setengah dari susu segar ni dan campur lagi dengan 200 ml air putih atau air mineral. hah sebab nanti akan terlalu pekat sangat lak ESP tu. tapi ok je kalau ada yang suka pekat pekat. Macam Kak Nurie, kalau siang sikit atau cuaca agak panas, Kak Nurie tambah dengan air batu. Fuh!! memang sedap!.

ESP ni adalah minuman berprotein tinggi tau. ada 9 asid amino yang mana ada diantaranya tidak dihasilkan dari dalam badan. Jadi kita kena top up sendiri asid amino yang diperlukan tu. Ia juga membantu kita untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari. Kalau sesiapa yang bekerja ni, dan tak sempat nak sarapan pagi pagi, Kak Nurie cadangkan untuk ambil ESP ni sebagai menu sarapan ringkas.

jadi, kalau korang nak tahu selanjutnya pasal produk shaklee ni, boleh ke blog Kak Nurie iaitu JEJAK VITAMIN  dan perlu ingat, Nurie merupakan pengedar Shaklee Kota Tinggi tau.


korang lak, apa sarapan ringkas korang?


Saturday, June 22, 2019

VITAMIN ATAU SUPLEMEN SEMASA MENGANDUNG

Seperti sedia maklum, Nurie merupakan Pengedar Shaklee kan? of cos Nurie ambil suplemen dari produk Shaklee. Bukan tak percayakan vitamin atau suplemen dari klinik, tapi macam dah sebati lak vitamin Shaklee sejak dari tahun 2012 lagi.

Jadi, masa mula buat buku pink iaitu buku untuk cek up mengandung, Nurie dah bagitahu kat nurse yang Nurie nak konsisten suplemen dari Shaklee. Tak kiralah korang ambil suplemen dari produk mana, tapi kalau korang tak nak ambil vitamin dari klinik , bagitahu awal awal pada mereka. Supaya tidak berlaku pembaziran pada vitamin berkenaan.

Nurie tahu, ramai yang ambil vitamin dari klnik, tapi tak makan pun. Lepas tu setiap bulan cek up, setiap tuelah ambil vitamin dari klnik. Habis tu, vitamin tu korang buat apa? buangkan? dari buang, baik bagitahu seara baik pada nurse yang kita dah ambil suplemen dari lain. Jadi, vitamin klinik tu boleh diberikan pada orang lain.

Apakah suplemen yang Nurie ambil sepanjang kehamilan kali ini?


hah, kalau nak tahu lebih lanjut pasal set mengandung ini, jangan lupa untuk klik SET MENGANDUNG  SHAKLEE ni. banyak info pasal setiap produk ini. Tapi Nurie akan terangkan sedikitlah samada suplemen ini sama atau tidak dengan vitamin yang klinik bekalkan.

ESP atau pun protein memang tidak dibekalkan oleh klinik, tapi Nurie ambil protein ni sebab mabuk yang teruk sampai nak makan nasi pun tak lalu. Malahan protein ni bantu Nurie untuk kekal brtenaga sebab masih kena uruskan anak anak sekolah dan keperluan suami.

Omega Guard adalah minyak ikan yang kita sendiri tahu ia sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Kita kena tahu, otak bayi mula berkembang sejak dalam janin lagi. Hah, siapa tak nak anak bijak kan?

B complex ada dibekalkan oleh klinik atau nama lainnya Vitamin B cuma kliniknya tidak lengkap dengan asid folik. Jadi kita akan dapat Vitamin B dan Aci folik. Tetapi B complex Shaklee ni lengkap dah dengan 9 jenis Vitamin B termasuk asid folik. Hah, lebih senangkan? tak yah nak makan banyak banyak Vitamin.

Vitalea pula adalah multivitamin yang mana ia lengkap dengan semua keperluan nutrisi untuk ibu mengandung tetapi ia tidak mencukupi keperluan setiap orang. Tapi Nurie ambil sebab ada iron di dalamnya untuk leakkan hb rendah.

Ostematrix pula adalah kalsium. Kalau kita tahu, bila kita mengandung, baby dalam perut akan serap kalsium kita untuk pastikan pembetukan tulang berjalan dengan baik. Hah , kalau diri sendiri pun tak cukup dengan kalsium, macamana nak share dengan janin pulak kan?

Vitamin C adalah untuk protect diri kita dari kerap jatuh sakit. Biasanya ibu yang mengandung ni antibodi mereka rendah dan senang untuk jatuh sakit. Hah, tak syoklah kan kalau jatuh sakit je. Lagi lagi kalau kena tahan ward.

hah, ni 5 Vitamin utama yang Nurie ambil sejak disahkan hamil lagi. eh, sejak sebelum hamil pun sebab memang amalkan vitamin shaklee ni sejak tahun 2011 lagi.

jadi, kalau korang nak tahu selanjutnya pasal produk shaklee ni, boleh ke blog Nurie iaitu JEJAK VITAMIN  dan perlu ingat, Nurie merupakan pengedar Shaklee Kota Tinggi tau.




Friday, June 21, 2019

MENGANDUNG KALI KE TIGA

Alhamdulillah, syukur sangat Kak Nurie diberi peluang untuk mengandung kali ketiga pada umur 38 tahun. Allah, tak terbayang Allah akan beri peluang ini walaupun memang mengharap. Yelah, setelah hampir 5 tahun berusaha, baru tahun ini Allah makbulkan. Syukur Alhamdulillah.


Mengandung kali ini, atau kak Nurie dah tak ingat masa mengandung sebelum ini, tapi ia benar benar menguji ketahanan mental Kak Nurie. Mabuk teruk, alah pada bau bauan , sehingga nak bangun pun tak larat. bukan setakat morning sickness, malahan evening sickness dan night sickness sekali. ha ha haha, Pakej lengkap!

sampaikan mak Kak Nurie cakap, tuelah. tua tua pun nak mengandung lagi. Lepas tu tak larat. ha ha ha. sampai ati mak tau. Tapi Kak Nurie tau, dia bergurau je sebab bila balik rumah dia, Kak Nurie asyik terbaring je. lepas tu, bila bau akak ipar masak, terus nak muntah.

Syukur, sekarang ni, rasa lebih sihat dan rasa lebobh bertenaga. Masak pun boleh dah sekarang ni. order je. chewah!!

nanti Kak nurie akan kongsi pengalaman kak Nurie sepanjang kehamilan kali ini. Rasa masa kehamilan Damia dan Dayyan, tak pernah lak dikongsikan dalam blog ini.

Insya Allah juga, Kak nurie akan aktifkan balik blog ini untuk berkongsi pengalaman Kak Nurie mengandung di usia tua. eh?


Monday, November 13, 2017

RESEPI AYAM GORENG BUTTERMILK

Boring lak asyik menu sama..  Eh,  bukan kak nurie tak bersyukur tau.maksudnya kalau tanya anak anak ayam nak masak apa,  mesti diaorang soh goreng je ayam tu.  Last last makan dengan kicap.. Huh!

jadi hari ni, kita masak lain sikit. Ayam goreng Buttermilk. ni kak nurie kasi resepi ringkas kak nurie gunakan apa yang ada di dapur.he he he


Bahan bahan :-
* dada ayam dihiris kecik kecik - ikut lah nak banyak mana.
* garam secukup rasa
* 1 biji telur - ambil putihnya saja
* sedikit serbuk lada - kak nurie tak guna sebab masa goreng ayam nanti kak nurie gunakan tepung crispy bestari--podassss

kesemua bahan ni dicampur bersama dan perap dalam 5- 10 minit. nanti goreng lah . letak tepung gandum sikit atau macam kak nurie, kak nurie gunakan tepung  goreng segera.

bahan kuah buttermilk :-
* setengah cawan susu cair atau ikut banyak mana ayam yang kita nak goreng tu
* sedikit daun kari
* sedikit lada cili dalam 4 5 batang. kalau suka pedas, boleh tambahlah
* sebatang lada besar- warna merah lebih cun!!
* sedikit garam dan gula

panaskan kesemua bahan bahan ni sehingga kuah pekat. lepas tu , curah je atas ayam yang dah digoreng tu..siap!!!

makan time panas panas lagi sodapppp...

Thursday, October 19, 2017

JUALAN MURAH SEMPENA DEEPAVALI

*30% OFF SALES*📢

13 - 22 October 2017

*BOUTIQUE & ONLINE* ( HARGA TERTERA ADALAH HARGA SELEPAS 30% DISKAUN - TIDAK TERMASUK POSTAGE)

🌷Simple Daisy - RM50.40
🌷Simple Fleur - RM48.30
🌷Simple Printed - RM33.39
🌷Aora Papillon - RM43.40
🌷Aora Printed - RM34.30
🌷Aora Charm - RM48.30
🌷Aora Chandelier - RM48.30
🌷Aora Fairy - RM69.30
🌷Aora Seed - RM48.30
🌷Laora Charm - RM48.30
🌷Laora Jardin - RM55.30
🌷Laora Medusa - RM55.30
🌷Maryam Scarf :-
     * size M - RM34.30
     * size L - RM41.30
     * size MC - RM38.50
     * size LC - RM45.50
     * size 3XXXL - RM62.30
🌷Everly - RM48.30

cepat cepat hubungi Kak Ct untuk dapatkan shawl kegemaran anda!!

Kak Ct,
013 7374 958

Sunday, September 24, 2017

RESEPI KERABU MANGGA SIMPLE

Mangga dah nak masak tapi bolehlahhh.. 

Request by MIL.. Rasa x taulah.. Buka puasa nanti bru tau.. Letak kacang tumbuk sikit untuk rasa crunchy.

update RESEPI :

* bunga kantan - kalau suka banyak, boleh guna 3 -4 kuntum ( dihiris halus halus )
* mangga - kalau mangga muda lagi best!!!, separuh masak pun okey gak,cuma masam tu dah rasa lain.(dihiris halus halus )
* bawang merah - hiris halus halus
* kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk halus
* sedikit garam
* sedikit gula
* sedikit perahan limau sambal - jangan banyak sangat sebab pelam tu dah masam
* lada cili - ikut korang suka pedas tahap mana
* hirisan lada merah / hijau

dah hiris semua, gaul rata rata...siap!!!😍😍😍😍

Thursday, July 20, 2017

AORA CHANDELIER DOUBLE LOOP

Aora Chandelier double loop instant shawl
.
Finishing GLASS beads tersusun kemas menaikkan seri lagi muka uols si pemakai 😍😍
.
Dahlah bentuk macam chandelier. Macam nama dia. Comel tau uols! .
Cepat cop fav color uols sekarang! Harga tak mahal. Jangan risau, okay? Kak Ct sayang korang punya haa
.
Normal price : RM69

Sebarang pertanyaan:
👉 WhatsApp kami, klik link ni: wasap.my/60137374958/NakTanya 👉 OR komen "PM". Kami akan reply laju2..
.
. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
INSTANT SHAWL? MESTILAH SHE!
.
. .
.
. . .
ORDER WHATSAPP ---->>013 7374 958
ORDER WHATSAPP ---->>013 7374 958
ORDER WHATSAPP ------>> 013 7374 958
.
.
#shawl #Instantshawl #wanita #tudung #Instanttudung #shawlmurah #shawlcantik #shawlshe #shawlsimple #doubleloop #shawlduamuka #shawlloose #semiinstant #SHESTAR #duamuka #looseshawl #shawloblong #longsatinshawl #satinshawl
#instantshawlmestilahshe
#instantshe
#nevergoslow
#tudunginstantshawl
#instantshawlterkini
#instantshawllabuh
#tudungsarung
#tuduhlabuh
#shawltutorial
#instantshawl
#tudung
#shawlviral

Wednesday, October 26, 2016

KAMPUNG BELUKAR DURIAN, TANJUNG SEDILI

Stayvacation!! Pernah dengar tak perkataan tu? Macam bercuti juga. Tapi bercuti dekat dekat dengan rumah kita. Bak kata orang, alah. Buat apalah bermalam kat situ. Boleh je balik rumah sendiri. Bukan jauh pun.hah tu lah maksudnya. Stayvacation. He he he.

kak ct memang suka stayvacation ni. Tapi ada tempat tempat tertentu yang kak ct suka pergi dengan anak anak. Selalunya tepi pantai. Buat kak ct rasa tenang dan memudahkan kak ct mencari ilham ilham baru dalam perniagaan. Ewahh!!!? 

Kali ni kak ct memilih Belukar Durian, Tanjung Sedili, Johor. Lebih kurang 45 minit dari rumah kak ct. Actually ni kali kedua kami berstayvacation di sini. Kali pertama bersama adik dan emak. Kali ini kak ct pergi bersama sama keluarga kak ct saja.



kehijauan dan ketenangan air sungai ini buat kak ct tertarik untuk datang lagi dan lagi. Ini tak hijau sangat tau sebab air baru mula pasang. Bila dah complete situasi air pasang tu, lagi hijau..Masya Allah..sangat cantik kejadian Allah tu. Sunyi, kicauan unggas buat kak ct rasa tenang dan rasa lebih dekat dengan Allah.



suami kak ct macam biasalah. Memancing memang jadi aktiviti utama kalau datang sini.

Wednesday, March 23, 2016

CAMERON HIGHLANDS : KEBUN BUNGA

lambat sangat akak ni nak cerita pasal jalan jalan akak tahun lepas. ha ha ha..jangan marah!!! tahun lepas tau!!.. bulan november 2015. sinambungan dari entry sebelum ni, siangnya tu, akak sekeluarga bergerak balik ke Johor. singgahlah beli sayur bagai dan buah buahan. Perhentian seterusnya ialah Kebun Bunga. Cantik cantiklah bunga kat sana. Alhamdulillah. Akak sekeluarga bertuah sebab bunga bunga semua sedang mekar elok je.

anak bujang ni okey je kalau diminta bergambar. kejap je dah 6 tahun budak ni.


hah, si akak ni senyumm terpaksa sebab penat kot. pagi pagi dah kena gerak.. melayankan mama dia..keh keh keh.


emak ye..ini bukan kakak akak. nampak muda kan? sedih bila mak cakap " masa ada abah, xde pun nak jalan jalan". hu hu hu hu


hah tengok. tu ayat tu menyentap hati dan perasaan tau.. KASIH SAYANG IBU YANG MULIA.


Ya Allahh...macam nak petikkkk je....kembang elok.


pink pulakkkkkk


ni labu eh?? boleh makan tak??


yang ni mood dah elok sikit..kih kih kih


lelaki kesayangan hamba....


uiksss...ahkak nampakkkk gemmmmmm...


kan..bila mood dah baik, sohlah posing kat mana pun...elok je senyum...


awat adik tersipu maluu....


alamak.. nampak sikit jari adik amikkn gambar...ha ha ha


apa suami ku buat ittewwww???


mama posinggggg.....geram je tengok buat tomato tu..


hah..ni sebab Che Ta suka bawak kameraman sebab boleh gambar sefamily..ha ha ha...ini mak akak yang amikkn gambar..kalau tak, memang takdelah nak gambar 1 keluarga



penat dah jalan ....kasi rehat kejap.,


macam kat disneyland....kononnnnnnn...


habis kisah jalan jalan part 2!!

Motivasi Diri

Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila.  Ayatnya da...