Tuesday, March 24, 2015

MAK ABAH MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KE 5

Syukur Alhamdulillah.... akhirnya impian mak abah untuk tunaikan haji tercapai juga. DIjadualkan pada tahun 2016 giliran mak abah ke sana, tapi Allah jemput lebih awal untuk ke sana.

sedih sangat bila kenangkan liku liku dan dugaan untuk tunaikan haji. Dengan perbelanjaan yang cukup cukup makan, dengan kesihatan abah yang tidak mengizinkan, pilu bila mengenangkannya.
melihat gambar gambar mereka di Bumi Barakah Mekah buatkan hati sayu... Entah bila aku akan jejakkan kaki kat sana.

siapa lah yang tidak berminat ke sana. semuanya berimpian untuk ke sana. tapi perancangan Allah lebih baik kan???

Insya Allah, Dec 2016 aku pasti ke sana bersama suami, damia, zafran, mak dan abah untuk menunaikan umrah.

doakan kami ye kawan kawan . Insya Allah...








Thursday, December 4, 2014

BAGAIMANA INGIN MENDAPATKAN ANAK YANG BIJAK DAN CERDIK

Ramai ibu yang ingin melahirkan dan mendapatkan anak yang bijak dan cerdik. Malahan, kebanyakan ibu bapa yang bertanyakan dengan Kak CT bagaimana ingin mendapatkan anak yang dan cerdik sejak dari kandungan lagi.

Untuk mendapatkan anak yang cerdik, masih ada yang boleh kita lakukan semasa mereka masih dalam kandungan. Paling penting, pastikan kita mengambil pemakanan yang seimbang dari sebelum mengandung sehinggalah sebelum waktu melahirkan anak.

Selain itu, kita juga perlu memastikan kita mendapat semua nutrisi yang diperlukan sebelum kehamilan berlaku. Nutrisi tersebut ialah zat asid folik, zat besi, kalsium dan vitamin vitamin lain yang penting bagi menyiapkan badan kita untuk melahirkan anak yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan disebabkan kekurangan sesetengah zat.

Semasa kehamilan berlaku pula, sangat penting untuk kita mengambil sumber makanan yang mengandungi lemak yang baik dan protein. Ini kerana hampir 60% daripada otak bayi dibuat daripada lemak dan yang selebihnya memerlukan protein.

Selain dari itu, DHA dan AA juga merupakan salah satu jenis lemak yang bagus. SUmber makanan yang mengandungi lemak tinggi dengan DHA dan AA pentng untuk perkembangan otak kandungan. Untuk memastikan ibu ibu mendapatkan anak anak yang cerdik, kita mestilah mendapatkan DHA dan AA yang secukupnya.

Dengan memastikan pemakanan yang sihat dan seimbang, ibu ibu dapat melahirkan anak anak yang sihat. Ini disebabkan apa yang ibu ibu makan akan terus menjejaskan kandungan mereka. selain itu, ibu ibu juga digalakkan untuk menyusukan bayi mereka kerana susu ibu merupakan sumber yang paling penting untuk mereka mendapatkan nutrisi yang baik dan seimbang.

Cara hidup dan pemakanan yang sihat menyumbang kepada kecerdikan seseorang kanak kanak. Oleh itu, adalah sangat penting bagi ibu bapa memastikan anak anak mereka mempunyai cara hidup dan pemakanan yang sihat. "You are what you eat".


Wednesday, December 3, 2014

TIPS ATASI PERUT KEMBUNG

Assalamualaikum dan selamat petang. Kak CT nak share tip tips hebat yang Kak CT jumpa semasa membaca buku, suratkhabar, majalah atau ketika melihat televisyen. Hari ini, Kak CT nak share tips atasi perut kembung.

Ada beberapa jenis makanan yang mudah kita ambil dan dapati di sekeliling kita yang boleh mengatasi masalah perut kembung ini. Ia juga boleh terjadi pada anak anak mahupun orang dewasa seperti Kak CT.

Caranya ialah :-

1. Makanlah 1-2 biji pisang kerana kalium dalam pisang mampu menyerap air berlebihan dalam tubuh.

pisang penuh dengan kalium

2. Ambillah 1-2 gelas yogurt.
3. minum teh herba hangat yang  dicampurkan dengan 1-2 sudu madu.
4. Makanlah timun kerana sayur ini bersifat diuretik yang menggalakkan anda membunag air kecil.
5. Ambil beberapa potong betik kerana ia melancarkan pembuangan air besar.
6. Makan beberapa suap beras atau nasi.

\

Selamat mencuba :)


Sunday, November 30, 2014

SABUN CUCI PINGGAN YANG TIADA BAHAN KIMIA

Bismillah.

Kak CT nak cerita pasal produk pencuci pinggan yang Kak CT gunakan. sekarang ni Kak CT berminat sungguh dengan salah satu produk Shaklee ini iaitu Get Clean Hand Dish Wash ni. Bau dia cukup wangi tapi tidaklah sampai meninggalkan bau pada pinggan mangkuk kita. Tidak seperti produk sabun cuci pinggan yang lain. Wangi memang wangi, tetapi kekadang melekat kat pinggan mangkuk. rasa macam makan sabun lak kita. 

Tapi, sabun Hand DishWash ini memang terbaik. Hanya 3 4 titik je dan campurkan dengan air. Buih pun banyak, bau pun sedap, dan part paling best, tangan rasa lembut je selepas mencuci pinggan. Ala ala baru lepas masuk spa manicure lak. Dan yang pastinya, ia tidak mendatangkan kerengsaan atau gatal gatal pada kulit. Cubalah. Pasti best.



Dish Wash Concentrate

Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?

Lembut pada tangan
Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
Buih sabun yang tahan lebih lama
Menjadikan pinggan bersih berkilau
Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate. Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata. Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain

Keunikan Shaklee

Selamat

* Tidak toksik
* Hipoalergenik
* Tanpa klorin
* Lembut pada tangan anda
* pH seimbang
* Tiada bahan kimia berbahaya

Berkesan

* Amat berkesan menanggalkan minyak
* Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
* Buih sabun yang tahan lebih lama

Mesra Alam

* Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
* Mudah biorosot
* Tanpa fosfat
* Tanpa bahan pewarna
* Bungkusan yang boleh dikitar semula

* Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

SUMBER : http://shaklee.com.my/



hubungi Kak CT :-

SITI NORIZA BINTI SALEH
ID : 852453
TELL/WHATSAPP ; 013- 7374 958
EMAIL : sitinorizasaleh@gmail.com
PENGEDAR SHAKLEE DI KOTA TINGGI, JOHOR

Wednesday, November 19, 2014

KALSIUM TANPA MAGNESIUM - APA KESANNYA ?

Jom kita tengok kesan dari pengambilan kalsium tanpa magnesium....

Credit to Hanis

Dah lama nak menulis tentang ni, tapi ambil masa sikit. 2 minggu lepas semasa saya bawa Muadz ke klinik terdengar pharmacist kata pada seorang ibu, tak elok ambil A***m. Yang dimaksudkan adalah Anmum untuk ibu mengandung dan menyusu ye. Untuk bayi, saya tak pasti.
Saya yang memang ambil A***m L***a terus bertanya untuk lebih lanjut. Katanya A***m mengandungi kalsium yang terlampau tinggi menyebabkan kandungan kalsium-magnesium dalam badan tidak seimbang. Kesannya mungkin tak nampak sekarang tapi untuk jangka masa panjang akan menyebabkan pelbagai masalah. Antaranya adalah masalah buah pinggang dan keguguran rambut.
Katanya lagi, kalsium, magnesium dan vitamin D perlu diambil dengan seimbang. Berseloroh hubby kata, ambil Shaklee la. Terus ahli farmasi tu kata, Shaklee bagus. Kandung Kalsium, Magnesium dan Vitamin D nya seimbang.
Waahh.. teruja saya. Terus balik rumah tengok kotak A***m. Memang kandungan Kalsiumnya tinggi. Tetapi kandung Magnesium dan Vitamin Dnya terlampau sedikit. Agak kurang seimbang di situ.

    

Pilihan di tangan kita untuk pilih yang terbaik untuk kita dan yang berbaloi dengan nilai duit kita..:)
saya merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, Johor dan anda boleh mendapatkan produk ini secara terus dari kami jika anda berada di sekitar kami :)

FB : Siti Noriza Binti Saleh
ID : 852453
whatsapp : 013-7374 958
email : sitinorizasaleh@gmail.com

Motivasi Diri

Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila.  Ayatnya da...