Orang muda zaman sekarang atau pun ibu muda zaman sekarang, semakin melupakan ajaran atau amalan orang-orang lama semasa pantang atau dalam menjaga bayi.
Salah satunyer perbincangan hangat tentang BERBEDUNG....ada org ckp, kalau kita bedungkan bayi sejak dr kecil, nanti bayi itu lmbat bergerak atau tidak aktif.....,...jom kita selidik apa kata pakar dari segi baik dan buruknya berbedung..
PANDANGAN PAKAR ( keburukan )
Pada segi pembangunan otak dan sistem sarafnya melembapkan pembangunan otak di tahap satu dan seterusnya;-
- Dia akan lambat menggunakan tangan dan kakinya.
- Dia akan lambat membuka genggaman jarinya.
- Dia akan lambat merasa sentuhan yang tepat, jelas dan tidak mengelirukan.
Ini kerana, bayi sentiasa ditelentangkan dan sukar untuk bergerak.....jadinya, bayi agak lmbt utk belajar sesuatu yang baru...
PANDANGAN PAKAR BIDAN/ORG2 LAMA;-
-Bayi perlu dibedung agar tidurnya nyenyak dan tidak mudah terkejut.
- Agar bayi sentiasa tenang kerana seolah-olah sentiasa dipeluk oleh ibunya.
- Bayi yang di bedung akan tidur lebih lena kerana mereka tidak cepat terkejut apabila terdengar sesuatu benda terjatuh dengan kuat.
-Bayi lebih berdisiplin kerana waktu tidur yang teratur dan bangun apabila tiba waktu menyusu.
-Anda dapat merehatkan badan kerana berpantang sebenarnya amat meletihkan dengan pelbagai aktiviti lain seperti bertungku, berurut, bertangas dengan pergerakan anda yang lebih terbatas.
PANDANGAN SAYA ( sebagai seorang ibu )
- Bila kita dlm pantang dan perlukan rehat secukupnya, baik bedungkan bayi anda agar dia tidur lena..dan masa dia tidur itu, anda boleh gunakn waktu yg ada dengan sebaiknya.nak mengepam ke, membaca buku ke,etc..
- bila dah lepas tempoh berpantang, bayi boleh dibiarkan tidak berbedung...tapi bila waktu tido or malam, elok berbdung....biar bayi terasa kehangatannya...
No comments:
Post a Comment