Wednesday, August 18, 2010

MINGGU PERTAMA - KEEMPAT PERKEMBANGAN JANIN

Sepanjang kehamilan, bayi akan berkembang daripada satu sel sehingga menjadi janin yang kelihatan seperti bentuk manusia dan seterusnya lahir sebagai bayi yang comel dan sihat, Banyak perkara menarik yang berlaku sepanjag minggu-minggu ini. Ketahui fakta-fakta menarik tentang minggu-minggu pertama kehamilan anda.

SPERMA
- Purata pancutan air mani dari lelaki adalah sekitar 60 juta sehingga 150 juta benih. Sekiranyer kurang daripada 40 juta, lelaki tersebut menghadapi masalah kesuburan. Dan ini menyukarkan pasangannya untuk mengandung.


OVUM
- Ovum berada dalam tiub fallopio seorang wanita. Ovum ini tidak bergerak terlalu aktif kecuali disebabkan pengecutan dan pengenduran otot-otot tiub Fallopio.


MINGGU PERTAMA
- Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.


MINGGU KEDUA
- Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.


MINGGU KETIGA
- Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm, Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.


MINGGU KEEMPAT
- Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantung mengepam darah ke paru-paru dan aorta ( urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)

No comments:

Post a Comment

Motivasi Diri

Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila.  Ayatnya da...