Wednesday, July 23, 2014

PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE SECARA ONLINE

Alhamdulillah. Hari ini sudah masuk Ramadhan ke 25. cepat betul masa berlalu. Entah kan dapat berjumpa Ramadhan tahun depan atau tidak.  Ustaz kata Syawal perlu diraikan dengan kegembiraan untuk meraikan kemenangan kita berpuasa. Bukan di sambut dengan kesedihan. Tapi biarlah sambutan itu diraikan secara Islam dan bersederhana. Samada saya berjumpa atau tidak Ramadhan tahun depan, hanya Allah saja yang mengetahuinya. Kenalah dengan sifatnya Yang Maha Mengetahui.

Apapun, hari ni saya nak ajar macamana kita sebagai pembeli ingin membeli produk shaklee secara online. Dah tak perlu berbalas balas sms/whatsapp dengan penjual dah. just klik, taip, klik, taip, klik dan kita tunggu barang sampai depan rumah kita. Itu kalau kurier servis terus hantar ke rumah kitalah. He he he. Syarat pembelian online shaklee ni mudah je. 3 syarat utama iaitu ADA INTERNET, ADA ALAMAT, ADA KREDIT CARD ATAU DEBIT CARD. maaf ye. pembayaran secara bank in atau transfer masih lagi belum boleh digunakan. :)

pembelian online shaklee ini adalah salah satu cara untuk pembeli dan memilih sendiri produk apa yang kita nak beli. Jangan risau, setelah membuat pembelian dari website saya ini, anda semua boleh sms/whatsapp saya untuk memohon konsultasi percuma dari saya mengenai produk yang anda beli :) okey. jangan buang masa. saya nak tunjukkn step by step cara membuat pembelian online shaklee ni. mudah sangat. nanti korang rasa macam korang ni ahli shaklee gak. syok woo..meh jadi ahli dengan saya. klik kat sini je untuk tau apa bestnya join shaklee under group saya .


okey. step pertama ialah, kalau dalam website saya ini, korang akan jumpa ikon ini


so, klik ikon di atas ini mengikut entry yang korang suka baca dan buat korang nak beli supplemen berkenaan. bila korang klik kat ikon di atas ni, satu paparan akan keluar seperti gambar di bawah ini.

pembelian online, pembelian produk shaklee, beli shaklee online

ini adalah agreement antara shaklee dan korang untuk proses pembelian secara online ini. Kalau korang rajin membaca, ada beberapa terms yang korang perlu tahu seperti kos pos bagi semenanjung ialah RM10 kecuali kalau korang membuat pembelian bernilai RM800 tiada kos pos yang dicaj. penghantaran juga sekitar 4-7 hari bekerja, Tetapi selalunya kalau korang membuat pembelian sebelum jam 12 tengahari, barang akan dipos pada hari yang sama. So 1-2 hari bekerja dah boleh dapat barang tu.  Bila dah setuju klik "agree" dan klik next untuk proses selanjutnya.


pembelian online, cara nak beli produk shaklee

selepas klik "next", akan keluar paparan gambar produk seperti di atas.  Jangan risau, kalau ada dalam set ini yang korang tak perlukan, korang boleh "untick" di sebelah gambar produk yang tidak perlu. total amaun akan bertukar secara automatik. Begitu juga kalau korang nak tambah produk tu menjadi 2 3 . contoh, kalau nak lecithin tu 3 botol, taip je angka 3 dan jangan lupa klik update di sebelahnya tu. Kuantiti dan harga lecithin akan bertukar. sudah puas hati dengan jumlah barang, jumlah harga dan barang apa yang berkenan, klik "checkout".


cara nak beli produk shaklee

Keluarlah customer data. Sistem akan meminta maklumat korang untuk sesi pengeposan barang.


contoh ni details saya. kalau korang nak pos barang ini ke alamat lain, "untick" di ruang alamat penghantaran itu. Dah isi semua nama, alamat, no telefon bagai, klik "continue".



sistem akan paparkan invoice untuk rujukan korang.  Pastikan barang, jumlah barang, jumlah harga yang perlu dibayar, nama penerima, alamat penerima dan no telefon adalah betul. Ini adalah untuk mengelakkan dari barang yang di hantar oleh pihak Shaklee tidak diterima oleh korang atau sipenerima. Dah puas hati? klik "proceed to payment".



hah.. jangan terperanjat kalau keluar macam ni di screen laptop atau komputer korang.  Sistem tengah menyimpan data yang korang masukkn tadi.. tunggu sekejap, sehingga keluar paparan di bawah ini 



hah... Inilah dia. step terakhir sekali. Buat pembayaran.  Ingat ye. Pembayaran hanya boleh dilakukan melalui kad kredit atau kad debit ( kad debit ni kad atm yang ada tulisan visa atau mastercard). masukkn details seperti yang diminta. dah selesai semua, klik "confirm payment". bila klik confirm payment, bank akan minta korang masukkn no TAC/MSOS yang telah dihantar ke handphone korang. Setelah masukkn kod itu, klik submit, tunggu bank approve dan akhirnyaaaaaaa.....

keluarkan screen macam di bawah ini menandakan, pembelian online korang sudah di approve dan diterima oleh bank. Korang nak print invoise ni pun boleh. Sekarang korang dah boleh tunggu kurier servis hnatarkan barang kepada korang. Senangkan????

*kredit gambar dari google

mudahnya membuat pembelian secara online ni. Baru dinamakan pembelian di hujung jari. He he ... eh? korang yang tiada kad debit atau kad kredit, jangan risau. Boleh dapatkan barang korang dari pengedar shaklee di seluruh Malaysia ini. Dapatkan secara COD pun lagi bagus. Boleh juga minta pengedar ini poskan barang korang. Pembayaran boleh dilakukan melalui transfer, cash deposit atau di kaunter bank bank.

Bagi mereka yang berada di sekitar Kota Tinggi, Johor, saya merupakan pengedar shaklee Kota Tinggi. Jangan malu malu untuk mendapatkan khidmat nasihat dari saya. Khas untuk pelanggan saya :)



 Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: 
Siti Noriza | ID: 852453 
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 
FB: Siti Noriza Binti Saleh * 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

1 comment:

  1. kini mendapatkan produk shaklee, semudah ABC.. klik, klik, klik, dah siap :)

    ReplyDelete