Thursday, April 8, 2010

IKAN SIAKAP 3 RASA




besarkan ikan ni..aku beli hr isnin lepas kat kipmart...3 ekor rm12...bolh utk aku mkn bertiga...daging dia still fresh...


Resepi ni aku skodeng kat blog Kak Ummi. tp ada edit ckt sbb ikut apa yg ada esbok aku....
Bahan A:-

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 biji tomato - didadu kasar)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
Bahan B:- (untuk sos)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir
Bahan C:- (untuk hiasan/tabur)
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
Cara-Cara:-
  1. Letak garam dan kunyit pada ikan, then sapukan tepung jagung sekeliling ikan.
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. Kacau rata dan biar mendidih sikit.
    kalau nak kurang pekat, boleh ltk air sedikit...
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi




2 comments:

  1. Si ajay kalau ikan yg bergoreng suka garing2. Hari tu buat siakap 3 rasa salut tepung jagung dulu so, bila goreng dia tak garing mcm citarasa ajay.

    Nampak mcm tak suke jek...malas akak nak buat lagi lepas ni! (merajuk ke?)

    p/s : murahnya 3 ekor RM12. Akak beli kat Tesco hari tu sekilo RM11.30. Sekor adalah dalam RM9 (besar gak)

    ReplyDelete
  2. yatie>>kak ti, boleh je goreng garing, tapi guna api kecik..so, dia ikan tu akan garing di dlam...cumanyer, kene balik2 kanlah...alah, cmtu pun majuk....hik hik..kang kalau ct yg watkan utk ajay, cmner?..hua hua hua...

    itulah pasal..ada juga 2 ekor tp rm11...( kitaorg mmg beli brg basah kat kipmart)..he he he

    ReplyDelete

Motivasi Diri

Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila.  Ayatnya da...