Saturday, June 19, 2010

5 BATASAN ISTERI BERSAHABAT DENGAN LELAKI


HATI SUAMI PERLU DIJAGA

- Jika seorang gadis bersahabat dengan lelaki, ia mungkin dapat diterima dan tidak memberi masalah. maklumlah bujang, tiada hati yang perlu dijaga. Pun begitu ia tetap ada hadnya apatah lagi jika wanita yang sudah berumah tangga.
- Ada banyak perkara dalam pergaulan yang harus anda jaga dan perhatikan serta tidak boleh berkompromi. Biar sebaik mana sekali pun hubungan anda dengan rakan anda itu, kalau anda dan dia berlainan jantina, maka jagalah batas pergaulan anda....

Antara 5 batasan yang perlu dijauhi jika ANDA BERGELAR SEORANG ISTERI:-


* HINDARI KELUAR MAKAN BERSAMA

- Biarpun anda dan rakan lelaki anda itu adalah sahabat lama atau teman sekmpung yang sudah lama atau teman sekampung yang sudah lama dikenali tapi elakkan menerima pelawaan makan malam bersama terutama jika hnaya anda berdua sahaja.

- Anda tidak boleh makan malam bersama kecuali jika ditemani dengan suami, mahupun rakan atau adik beradik anda.

- Anda sendiri tahu di antara dua orang pasti ada yang "ketiga" malah keluar bersama di malam hari juga boleh mengundang curiga meskipun anda berniat baik dan anda sudah mendapat keizinan daripada suami.



* ELAK PERGI BERJAUHAN BERDUA

- Batasan ini memang ada kalanya membuat seorang isteri yang berkejaya berada dalam dilema.

- Suami sekali pun mengizinkan anda untuk pergi kerana bekerja tapi dalam hatinya tetap berasa risau memikirkan anda pergi bersama lelaki lain.

- Mungkin bekerja di luar daerah sekali dua boleh dimaafkan tapi anda harus ingat jika ia kerap dan asyik dengan rakan lelaki yang sama tidak mustahil akan terjadi perkara yang lain pula. Berdua-duaan dalam tempoh yang lama boleh saja menumbuhkan kemesraan malah mungkin perasaan yang tidak sepatutnya hadir dalam hati.


*JAUHI TEMPAT ROMANTIS

- Anda tidak boleh menempatkan diri dan rakan lelaki dalam situasi perasaan romantik boleh bercambah. Selalunya perasaan itu boleh tumbuh apabila anda berada berdua di tempat yang sunyi, santai dan dingin.


*JANGAN BERCERITA RAHSIA

- Wanita memang suka bercerita namum hati-hati kerana tidak semua perkara boleh anda kongsi terutama sekali dengan rakan lelaki anda. Urusan rumah tangga apatah lagi yang membabitkan hal di dalam kamar jangan sesekali diuar-uarkan. Anda juga tidak boleh membuka rahsia dengan rakan berlainan jantina yang tidak anda ceritakn pada pasangan anda.

- Sekiranya anda berkongsi sesuatu yang ekslusif dengan rakan lelaki bukan dengan suami sendiri bermakna anda meletakkan pasangan anda bukan pada keutamaan.

- Disamping itu rahsia rumah tangga terutamanya yang melibatkan konflik rumah tangga jangan diceritakan kepada rakan lelaki anda. Sekiranya anda memang sudah terlalu tertekan dan tidak dapt menanggungnya sendirian cara paling baik adalah cari wanita yang anda percayai.

- mengadu masalah rumah tangga kepada seorang lelaki boleh saja mengundang rasa kedekatan dan simpati yang pada akhirnya boleh membuahkan perasaan yang tidak sepatutnya hadir dengan status anda sebagai isteri.


* JANGAN BERSAHABAT DENGAN BEKAS TEMAN LELAKI

- Suami anda mungkin tidak kisah jika anda kembali bersahabat dengan bekas teman lelaki tapi sebagai isteri andalah yang harus bijak membuat pertimbangan sama ada perkara itu akan membuatkan suami terasa hati atau tidak.

- Tentunya sebagai isteri yang prihatin anda tidak mahu melukakan hati pasangan bukan! Di mulut suami mungkin berkata tdak kisah tapi dalam hati tentu tersimpan rasa curiga. Berhubung kembali dengan bekas teman lelaki juga boleh mengimbas kenangan lama.

- Kenangan sewaktu bercinta lebih-lebih lagi cinta pertama memang syahdu dan mengasyikkan. Membina semula hubungan dengan bekas teman lelaki boleh menyebabkan cinta lama kembali bertaut. Oleh itu, JAUHILAH DIRINYA!!!

kredt to : majalah minggu wanita

2 comments:

  1. betul tu siti. mmg bahaya jika pompuan dah kawin meluahkan mslh kat laki lain. sebab pompuan nih suka diberi perhatian dan dimanja2. tapi kan si suami pun sama juga. jgn dia pun berkawan2 ngan pompuan lain lebih2 ke, nak beradik angkat berkakak angkatla, nak tolong setelkan probs dia la, haa...tu pun sama gak bahayanya. maknanya sama2 la kena jaga keharmonian rumah tangga.

    ReplyDelete